NATIONAL
ASEAN25: Perdana Menteri China, pemimpin GCC berlepas pulang

Li dan delegasi China berlepas dengan menaiki pesawat khas di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.15 pagi. - Foto Bernama
SEPANG: Perdana Menteri China Li Qiang bersama pemimpin dan delegasi negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berlepas pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri China Li Qiang dan pemimpin GCC berlepas pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama di Kuala Lumpur.
- Sidang kemuncak ini memperkukuh hubungan antara ASEAN, GCC, dan China, dengan pemimpin ASEAN menyifatkannya sebagai peristiwa luar biasa dalam konteks kerjasama serantau.
- Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan," menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi.
Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao berlepas pulang pada 11.50 pagi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad hadir untuk mengucapkan selamat jalan.

Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah berlepas pulang pada 10 pagi.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pula mengucapkan selamat jalan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Kerjasama Oman Sayyid Asaad bin Tarik al Said serta delegasi pada 2.33 petang.
Mereka diberikan upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anngota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) sebelum berangkat pulang ke negara masing-masing.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 sebagai peristiwa luar biasa dalam konteks Asia Tenggara.
Beliau berkata kehadiran pemimpin ASEAN dan wakil negara GCC paling dinamik merupakan bukti kepercayaan dan persahabatan yang semakin kukuh antara dua blok berkenaan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berakhir semalam selepas beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan" menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami