awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN25: Setiausaha Agung ASEAN hadiri bengkel pembangunan mampan di Malaysia

Bernama
Bernama
12/01/2025
11:30 MYT
ASEAN25: Setiausaha Agung ASEAN hadiri bengkel pembangunan mampan di Malaysia
Kao akan menyampaikan ucapan perasmian dan menyertai perbincangan panel tentang memajukan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di ASEAN. - Gambar/ X @ASEAN
JAKARTA: Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dijadualkan menghadiri Bengkel ASEAN mengenai Pembangunan Mampan 2025 yang akan diadakan di Malaysia dari 13 hingga 14 Jan, menurut Sekretariat ASEAN.
Beliau akan menghadiri acara itu yang dijadualkan berlangsung di Sunway University di Petaling Jaya, Selangor atas jemputan Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDSN) Profesor Jeffrey Sachs.
Dalam satu kenyataan, sekretariat itu memaklumkan bahawa Kao akan menyampaikan ucapan perasmian dan menyertai perbincangan panel tentang memajukan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di ASEAN.
Bengkel itu akan menghimpunkan pemimpin serantau untuk membincangkan strategi untuk memajukan pembangunan mampan merentas bidang utama seperti pendidikan, penjagaan alam sekitar, perdagangan dan pelaburan, tenaga serta pembangunan bandar pintar.
UN SDSN, yang ditubuhkan pada 2012, memacu tindakan global terhadap SDG dan Perjanjian Paris dengan menggerakkan universiti, badan pemikir, dan makmal kebangsaan.
Sekretariatnya terletak di Paris, Perancis; Kuala Lumpur, Malaysia dan New York, Amerika Syarikat.
Semasa lawatannya, Kao juga akan mengadakan beberapa siri pertemuan dua hala peringkat tinggi bagi mempromosikan diplomasi awam ASEAN, meningkatkan kesedaran dan mengukuhkan kerjasama serantau, tambah sekretariat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Malaysia
#Pengerusi ASEAN
#Kao Kim Hourn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan