awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bruno Fernandes kekal setia di Manchester United, tiada rancangan berpindah Januari Ini
Dari penolakan dan kemurungan: Janji kepada ibu, perjalanan luar biasa Igor Thiago ke Liga Perdana
Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset Pertahanan: Manfaat hubungan peribadi pemimpin, elak ketirisan

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
25/08/2025
22:45 MYT
Aset Pertahanan: Manfaat hubungan peribadi pemimpin, elak ketirisan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, pada Ogos tahun lepas. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia berupaya memperkukuh aset pertahanan negara dengan memanfaatkan hubungan baik yang terjalin di antara pemimpin kerajaan dan negara sahabat.
Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, melalui pendekatan secara terus antara kerajaan (G2G), proses perolehan aset dapat dilakukan dengan lebih telus.
"Jika kita melakukan transaksi G2G, walaupun perlu dipinda beberapa prosedur, sekiranya ia dilaksanakan kita dapat mengurangkan peranan orang tengah yang mengenakan harga tinggi.
“Pada masa yang sama, sebagai contoh melalui hubungan baik Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
"Hubungan istimewa ini bukan sekadar melibatkan pemilikan aset, tetapi juga membolehkan pemindahan teknologi dilakukan,” katanya ketika mengulas mengenai masa depan aset pertahanan negara dalam Pantau Agenda Reformasi di Astro AWANI pada Isnin.
Selain itu, Mohd Mizan berkata, Malaysia perlu memberi keutamaan kepada aset pertahanan maritim yang berkeupayaan tinggi bagi memperkukuh kawalan perairan.
“Kita memerlukan aset-aset ini untuk berhadapan dengan lanun, penyeludup, pengedar dadah, penyeludupan barang larangan (contraband), termasuk juga barangan bersubsidi dan sebagainya,” jelasnya.
Tambahnya, pemilikan pesawat tempur canggih dan terkini juga diperlukan kerana kekuatan ketenteraan dunia diukur melalui penguasaan ruang udara.
Sebelum ini, Anwar pada minggu lalu berkata pendekatan G2G kini menjadi dasar utama kerajaan dalam urusan perolehan strategik, termasuk dengan Korea, Turkiye dan Itali yang menyaksikan beberapa projek utama ketenteraan kini berjalan lancar dan mengikut jadual.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan
#Anwar Ibrahim
#Mohd Mizan Mohammad Aslam
#aset pertahanan negara
#transaksi G2G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan