JOHOR BAHRU: Tiga aset milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu air boat berkuasa tinggi digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa-mangsa banjir.

Baginda berkenan aset terbabit digunakan bagi tujuan berkenaan berikutan banjir melanda beberapa daerah di negeri itu. 

Menerusi hantaran di media sosial Facebook baginda memaklumkan, pada hari ini air boat itu digunakan bagi tujuan penghantaran bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan.

Foto Johor Royal Press Office

Air Boat itu dikemudi oleh Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim yang kemudian membawa bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur di Kahang. 

Tunku Abu Bakar mengemudi bot berkenaan selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang, dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir. 

Foto Johor Royal Press Office

Operasi turut disertai anggota PPDA JBPM Johor, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor,  Mohd Fared Mohd Khalid dan ADUN Kahang, R. Vidyananthan.

Foto Johor Royal Press Office