KUALA LUMPUR:Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan 3.32 sen seunit untuk ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) berjumlah RM40.57 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2020.
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata ini menyaksikan kadar hasil dividen sebanyak 3.60 peratus berdasarkan jangkaan nilai aset bersih (NAV) dana pada 30 Nov, 2020.
PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah pengagihan pendapatan itu dibayar kepada 46,156 pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 1.22 bilion unit.
"Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 3.23 peratus untuk tahun kewangan semasa setakat 26 Nov, 2020, daripada 1,561.73 mata kepada 1,612.11 mata dalam tempoh yang sama.
"Peningkatan itu, walaupun sedikit adalah perkembangan yang baik buat PNB yang sentiasa komited dalam usaha memberikan pulangan yang kompetitif dan perkhidmatan terbaik kepada pemegang unit dalammengharungi wabak koronavirus yang berpanjangan ini," katanya.
PNB juga telah melaksanakan beberapa strategi untuk meningkatkan portfolio pelaburan dengan mempelbagaikan portfolio dalam ekuiti antarabangsa dan memberi fokus kepada sektor yang kurangrentan terhadap persekitaran ekonomi semasa.
Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN Imbang 1 adalah berdasarkan unit yang dipegang dan NAV setakat 30 Nov, 2020.
Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun mereka pada 1 Dis, 2020.
Urus niaga di semua cawangan ASNB dan ejen seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 27-30 Nov bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Dis, 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020
PNB dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengagihan pendapatan itu dibayar kepada 46,156 pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 1.22 bilion unit. - Astro AWANI / Shahir Omar
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.