Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Januari 2026.
Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 19 Januari ini.
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) memandang serius dakwaan tular di media sosial berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera.
Perdana Menteri menjelaskan, keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam.
Mangsa turut mengalami lebam pada badan, tangan dan kaki, selain luka di paha kiri dan kanan serta bibir kering dan berdarah.
RUU mengenai had tempoh jawatan yang bakal dibentangkan di Parlimen tahun ini hanya terpakai bagi jawatan Perdana Menteri, dan tidak melibatkan Ketua Menteri atau Menteri Besar.
Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) bersama gerakan Sumud Nusantara kini dalam perancangan untuk melancarkan misi kemanusiaan buat kali kedua pada pertengahan tahun ini, iaitu pada musim bunga.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan invois elektronik (e-invois) tanpa penalti selama setahun lagi bagi syarikat dengan nilai jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta, yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari, 2026.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bukan sekadar projek infrastruktur rel, tetapi inisiatif strategik negara serta simbol kerjasama dan persahabatan Malaysia-China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


