awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China kecam tindakan AS di Venezuela, gesa pembebasan Maduro
Di mana Nurul Nazla?
Kerjasama strategik JTDC-Alibaba lahir pakar reka bentuk AI Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aspirasi persoal kemampuan JPBN Sarawak tangani COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2021
10:05 MYT
Aspirasi persoal kemampuan JPBN Sarawak tangani COVID-19
Lina juga mendakwa JPBN Sarawak telah melakukan kesilapan sehingga menyebabkan penularan COVID-19 dalam komuniti dan rumah panjang di seluruh negeri yang turut memberi kesan kepada hampir kesemua daerah termasuk kawasan pedalaman. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Lina Soo mempersoalkan kemampuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam menangani penularan COVID-19 di negeri itu.
Menerusi satu kenyataan, Lina berkata, pengurusan serta kawalan terhadap wabak itu perlu dikendalikan oleh kumpulan pakar yang berpengalaman, profesional, berpengetahuan serta cekap dan bukan ahli politik.
“Penularan jangkitan COVID-19 tidak akan merebak sekiranya JPBN Sarawak sentiasa konsisten dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Ada juga keadaan di mana “super-spreaders” dibenarkan masuk memasuki tapak pembinaan, menghadiri upacara pengkebumian, acara sosial malah ke tempat kerja,” katanya.
Malah, Lina juga mendakwa JPBN Sarawak telah melakukan kesilapan sehingga menyebabkan penularan COVID-19 dalam komuniti dan rumah panjang di seluruh negeri yang turut memberi kesan kepada hampir kesemua daerah termasuk kawasan pedalaman.
Selain itu, Lina turut mempersoalkan jumlah kes positif yang melibatkan petugas barisan hadapan.
“Jumlah jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan sangat membimbangkan dan ini disebabkan kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) di fasiliti kesihatan.
“Malah anggota polis juga tidak terkecuali daripada jangkitan dan wabak ini juga menjangkiti guru dan murid di sekolah,” tambahnya.
Antara lain ujarnya, JPBN Sarawak juga gagal menamakan sesuatu kluster berdasarkan lokaliti berlakunya jangkitan dengan tepat.
Oleh itu, Lina menggesa agar segala maklumat haruslah disampaikan dengan tepat dan konsisten bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.
Topic Berkaitan
#JPBN Sarawak
#COVID-19 di Sarawak
#aspirasi
#Lina Soo
#kluster aktif di Sarawak
#super spreaders
#Aiman Mall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan