awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asrama perempuan Maahad Tahfiz An Nur, Merbok terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/01/2025
00:45 MYT
Asrama perempuan Maahad Tahfiz An Nur, Merbok terbakar
Sebuah bangunan asrama menempatkan pelajar perempuan di Maahad Tahfiz An Nur, Merbok, Kedah, musnah dalam kejadian kebakaran, awal pagi Isnin. - Gambar ihsan bomba
MERBOK: Sebuah bangunan asrama menempatkan pelajar perempuan di Maahad Tahfiz An Nur, di sini, musnah dalam kejadian kebakaran, awal pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.19 pagi.
Beliau berkata, sejurus itu, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani dengan seramai 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, api sedang marak membakar seluruh blok asrama di pusat pengajian tahfiz berkenaan.
“Tindakan pantas bomba berjaya memadam kebakaran dan mengawal api dari merebak ke bahagian lain.
"Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 80 peratus, namun, tiada mangsa dilaporkan berada dalam Maahad Tahfiz berkenaan," katanya.
Ismail berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 4.49 pagi dan pemadaman secara overhaul masih dilakukan ketika ini.
Katanya, operasi itu turut dibantu sepasukan enam anggota dari BBP Aman Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bedong.
Beliau berkata, setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
Topic Berkaitan
#terbakar
#Maahad Tahfiz An Nur
#asrama perempuan
#bomba Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan