Sebuah asrama yang menempatkan 41 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Serau, di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, petang tadi.
Kesemua pelajar termasuk 20 murid perempuan yang menghuni asrama tersebut bagaimanapun berjaya keluar untuk menyelamatkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, memaklumkan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor yang menaiki sebuah jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, api dilihat marak dengan begitu cepat memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan asrama yang diperbuat daripada kayu itu.
Kesemua pelajar kemudian diarahkan pulang ke rumah masing-masing memandangkan sekolah itu tidak ada bangunan lain untuk menempatkan mereka, manakala pakaian dan barang-barang mereka turut musnah terbakar dalam insiden itu.
"Semua pelajar yang tinggal di asrama tersebut telah dibawa pulang ke rumah oleh ibu bapa masing-masing," katanya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Angelina Sinyang
Thu Oct 03 2019
Kesemua murid yang menghuni asrama tersebut bagaimanapun berjaya keluar untuk menyelamatkan diri. - Foto ihsan bomba
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
China: Asrama lelaki terbakar ragut nyawa 13 pelajar
Seramai 13 pelajar terkorban manakala seorang lagi cedera selepas sebuah asrama di daerah Fangcheng, Bandar Nanyang, wilayah Henan, China terbakar pada Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan Sabtu.
Asrama terbakar: Johor salur bantuan wang tunai, pakaian sekolah kepada pelajar
Bantuan wang tunai RM100 dan baju sekolah diberikan kepada 30 pelajar selepas peralatan dan barangan peribadi mereka musnah dalam kebakaran.
Berang telefon bimbit dirampas, pelajar perempuan bakar asrama
Sebuah kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah asrama di Guyana mengorbankan 19 orang kanak-kanak selepas pihak sekolah merampas telefon bimbit seorang pelajar.
Bangunan asrama SMKA di Pedas musnah terbakar
Kira-kira 10 bilik asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Datuk Haji Abu Hassan Hj Sail Pedas, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.
Asrama tempatkan 41 murid musnah terbakar
Sebuah asrama yang menempatkan 41 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Serau, di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, petang tadi.