awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Assemble!" Marvel panggil peminat adi wira kembali ke panggung wayang

Agensi
Agensi
04/05/2021
09:24 MYT
"Assemble!" Marvel panggil peminat adi wira kembali ke panggung wayang
Pengusaha panggung wayang berharap dapat mengembalikan keterujaan penonton dengan barisan filem blockbuster daripada Marvel Studios. - Reuters
LOS ANGELES: Marvel Studios di bawah Walt Disney Co pada Isnin menggalakkan para peminat adi wira di Amerika Syarikat untuk kembali ke panggung wayang sebagai tanda sokongan kepada pengusaha panggung yang terjejas teruk akibat pandemik.
Reuters melaporkan, seruan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun dunia hiburan kini bersaing sengit dengan perkhidmatan penstriman langsung.
“Jumpa di panggung wayang,” pesan di video trailer berdurasi 3 minit yang direka untuk menarik perhatian umum tentang beberapa filem Marvel termasuk Black Widow, Eternals dan sekuel Black Panther.
Video itu juga menunjukkan rakaman keseronokan dari dalam sebuah panggung ketika penonton bersorak sewaktu adegan pertempuran akhir filem Avengers: Endgame pada April 2019 lalu.
Masa depan panggung wayang masih tidak menentu selepas ditutup operasi semenjak pandemik COVID-19 melanda.
Pengusaha panggung bebas mahupun rangkaian gergasi seperti AMC Entertainment, Cineworld Plc dan Cinemark Holdings Inc berharap filem-filem blockbuster Marvel dan penerbit lain mampu menarik kunjungan penonton kembali.
Pada masa yang sama, Disney dan beberapa syarikat media lain kini melabur sehingga berbilion-bilion dolar untuk bersaing dengan Netflix Inc dengan menawarkan pilihan penstriman kepada konsumer di rumah.
Disney misalnya, menawarkan filem Black Widow dengan caj AS$30 menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ pada masa yang sama ia ditayang di panggung pada Julai nanti.
Bagaimanapun, belum ada perancangan seumpamanya bagi sembilan lagi filem Marvel yang lain. Kesemua filem berkenaan dirancang untuk menemui penonton sepanjang dua tahun ke hadapan.
Topic Berkaitan
#Marvel
#adi wira
#filem
#blockbuster
#Black Widow
#Black Panther
#pandemik
#COVID-19
#panggung wayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan