awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Arena siar aksi Liga Thai bermula Oktober

Astro Arena
Astro Arena
24/09/2021
23:33 MYT
Astro Arena siar aksi Liga Thai bermula Oktober
Keutamaan diberi kepada Chonburi FC dan Police Tero FC, kelab yang diwakili dua pemain negara iaitu Junior Eldstal (kiri) dan Dominic Tan. - Foto Astro ARENA
SEBAGAI sebahagian daripada pelancaran saluran baru Astro Arena 2, Astro telah mendapat hak penyiaran Liga Thai bagi musim 2021/22.
Memberikan keutamaan kepada Chonburi FC dan Police Tero FC, kelab yang diwakili dua pemain negara, Junior Eldstal dan Dominic Tan, perlawanan akan ditayang secara langsung bermula 1 Oktober 2021.
Perlawanan Piala FA Thai dan Piala Liga yang terpilih melibatkan kedua-dua kelab turut akan disiarkan juga.
Setelah mendengar berita itu, Eldstal menyatakan kegembiraannya, "Saya bersyukur dapat bermain untuk Chonburi FC, sebuah kelab besar di Liga Thailand. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik di padang setiap kali saya diberikan peluang, lebih-lebih lagi kerana rakyat Malaysia kini dapat menonton saya bermain."
ARENA/SUPERSPORT Premier League, #BarclaysFAWSL Bundesliga Eredivisie Primeira Liga K League 1 J1 League [COMING SOON] BEIN La Liga Serie A Ligue 1 Premiership A-League MLS #UCL, #UEL, #UECL
— Stadium Astro (@stadiumastro) September 13, 2021
​ Dominic turut menyuarakan kegembiraan di sebalik pengumuman tersebut dan berkata, "Ini adalah musim ketiga saya bersama Police Tero FC dalam liga yang sangat kompetitif. Berita ini telah menaikkan semangat saya untuk membuktikan kemampuan saya di hadapan peminat Malaysia."
Astro Arena 2 (CH802) sebahagian daripada Family Pack untuk dinikmati seluruh pelanggan Astro.
Ia menampilkan liputan sukan tempatan serta persembahan studio langsung untuk acara sukan tempatan dan antarabangsa dalam format baru.
There will be a special transfer window in October. #NewChannelsOnAstro Read more: https://t.co/gpa0rx78HE pic.twitter.com/yahtFjj3ku
— Stadium Astro (@stadiumastro) September 16, 2021
Topic Berkaitan
#Liga Thai
#saluran baru Astro
#hak penyiaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan