awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2024
07:42 MYT
Astro AWANI kekal 'Jenama Berita Paling Dipercayai' untuk 7 tahun berturut-turut
Astro AWANI mengekalkan reputasi sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini untuk tujuh tahun berturut-turut.
KUALA LUMPUR: Astro AWANI Network Sdn Bhd terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini untuk tujuh tahun berturut-turut.
Menurut Reuters Institute Digital News Report dan Oxford University, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan skor 64 peratus.
Ini diikuti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan skor 63 peratus, manakala empat lagi jenama berita berkongsi tempat ketiga dengan 60 peratus iaitu Malaysiakini, Berita Harian, TV3, dan TV9.
Bagi capaian luar talian kategori televisyen, radio, dan media cetak, Astro AWANI berada di tangga ketiga.
Manakala untuk capaian dalam talian secara mingguan, Astro AWANI kekal di tangga kedua.
"Satu perkembangan berterusan yang berpotensi positif ialah banyak perbincangan terbuka yang diadakan antara kerajaan dan profesional media, ahli akademik, dan masyarakat sivil mengenai pembentukan Majlis Media Malaysia yang dikawal sendiri untuk mempromosikan, melindungi dan mempertahankan kebebasan media di Malaysia," dapatan itu menyebut.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#jenama berita paling dipercayai
#Digital Institute Reuters 2024
#Universiti Oxford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan