Skip to main content

Gaya Hidup

Astro Awani maju selangkah dengan DSNG

51358940945_295x200.jpg
51358940945_295x200.jpg

Advertisement

Astro Awani melangkah setapak ke hadapan apabila menggunakan rangkaian pengumpulan maklumat melalui satelit digital (DSNG) di dalam siarannya.

Penggunaan pertama DSNG dipraktikkan semasa Buletin Awani jam 12 tengah hari yang dihos Suhaimi Sulaiman pada 23 Januari.

Liputan menggunakan DSNG oleh wartawan, Wan Syamsul Amly dengan laporan sebelum sidang media Hari Wilayah di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu merupakan kejayaan sekali gus bukti 'go beyond' Astro Awani sendiri.

Sistem DSNG sebenarnya sudah digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika. Ia ternyata memberi lebih kemudahan kepada petugas selain menjamin penghantaran berita dan visual dengan lebh cepat.

Ini sekali gus membuka ruang untuk Astro Awani menjadi pengemudi berita terkini pertama negara.

Must Watch Video

Advertisement