awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI tawar pentas 'Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi-Azmin

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2023
04:07 MYT
Astro AWANI tawar pentas 'Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi-Azmin
Astro AWANI berbesar hati untuk menganjur dan menerbitkan 'Debat Ekonomi Malaysia'di antara Rafizi Ramli dan Mohamed Azmin Ali. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Astro AWANI sedia menerbitkan debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah mengemukakan surat jemputan debat tersebut kepada kedua-dua pihak.
"Dengan segala hormatnya, Astro AWANI berbesar hati untuk menganjur dan menerbitkan debat bertajuk ‘Debat Ekonomi Malaysia’ di antara dan YB Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali," menurut Ashwad di dalam surat tersebut.
Dalam surat tersebut turut dinyatakan tarikh cadangan, namun, masih menunggu persetujuan tarikh daripada kedua-dua pihak.
Astro AWANI bakal anjurkan Debat Ekonomi Malaysia Rafizi - Azmin. Apa fokus yang anda mahu? #DebatEkonomiMalaysia @rafiziramli @AzminAli Berita lanjut: https://t.co/3DonZyYVsX
— Astro AWANI (@501Awani) July 26, 2023
Rafizi ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Sri Tanjung, Port Dickson pada Selasa, telah mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu berani.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, cabaran berdebat tersebut bagi membuktikan rekod Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih baik berbanding Kerajaan Perpaduan sekarang.
BACA: Saya cabar Azmin Ali berdebat pasal ekonomi Malaysia... kalau dia berani - Rafizi
Topic Berkaitan
#debat ekonomi
#Rafizi Ramli
#Azmin Ali
#debat Rafizi - Azmin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan