awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
PRK Lamag: 10.57 peratus selesai mengundi setakat 9 pagi - SPR
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro raih Platinum Putra Brand Awards tujuh kali berturut-turut

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2026
00:50 MYT
Astro raih Platinum Putra Brand Awards tujuh kali berturut-turut
Astro komited menjaga kepentingan Malaysia dan warganya menerusi industri kreatif seperti yang telah dilakukan lebih 30 tahun dan akan diteruskan pada masa hadapan, kata Kam Leong. - Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan penyiaran satelit televisyen, radio dan kandungan digital negara, Astro berjaya merangkul Anugerah Platinum di Putra Brand Awards 2025 sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Selain itu, dua jenama radio popular di bawah Astro turut mencatat kejayaan apabila Era FM memenangi Anugerah Emas, manakala Hitz FM merangkul Anugerah Gangsa bagi tahun kedua berturut-turut.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, bersama barisan kakitangan bagi menerima anugerah berprestij berkenaan di Hotel Majestic di sini, semalam.
Kam Leong menyatakan kejayaan tersebut adalah merupakan sebuah tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh masyarakat kepada Astro sebagai jenama media terkemuka di Malaysia.
“Kami memandangnya dengan sangat serius, berbangga dengan amanah ini, namun kekal rendah hati,” kata beliau kepada Astro AWANI.
Beliau turut menyatakan Astro komited menjaga kepentingan Malaysia dan warganya menerusi industri kreatif seperti yang telah dilakukan lebih 30 tahun dan akan diteruskan pada masa hadapan.
Astro percaya ekonomi kreatif Malaysia, termasuk semua bakat, pengarah, penulis skrip dan penggiat industri, perlu terus dipupuk dan diberi ruang untuk berkembang.
“Kami bersedia untuk menyokong setiap bakat yang bakal dicungkil agar dapat berkembang lagi,” katanya.
Tambahnya, Astro juga harus terus berperanan dalam memajukan sektor perniagaan di Malaysia dengan mengangkat jenama-jenama mereka.
“Kita harus terus sokong sektor perniagaan dengan memberikan mereka sebuah ruang agar tawaran mereka kepada masyarakat adalah jelas dan mengagumkan,” katanya lagi.
Anugerah Putra Brand Awards bermula pada 2010 dilancarkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands (MMVB).
Ia bertujuan mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting, diukur melalui keutamaan pengguna.
Topic Berkaitan
#Astro
#Putra Brand Awards
#anugerah
#platinum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan