awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dynamic Island pada iPhone generasi baharu dijangka tampil lebih kecil
Tesla Robotaxi mula tawar perjalanan autonomi terhad di Austin
Bangunan baharu HSJ bukti komitmen kerajaan perkukuh sistem penjagaan kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar

Bernama
Bernama
24/01/2026
02:30 MYT
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar menonton Konsert Live P. Ramlee 'Madu Tiga' di Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), malam tadi. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap masyarakat terus menghargai karya dan sumbangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam industri hiburan negara.
Anwar berkata, karya P. Ramlee bukan sahaja hiburan semata-mata, tetapi juga cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.
Beliau berkata, P. Ramlee turut mengajar tentang pentingnya kreativiti dan dedikasi dalam berkarya selain memberikan inspirasi kepada semua.
"Malam tadi, saya berkesempatan menonton Konsert Live P. Ramlee 'Madu Tiga' di Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) hasil pimpinan konduktor hebat Ahmad Muriz Che Rose, bersama-sama pasukannya yang begitu berdedikasi dan profesionalisme dalam menyampaikan persembahan muzik yang begitu mengagumkan.
"Semoga generasi masa ini terus menghargai dan memelihara warisan seni ini serta mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee dalam industri hiburan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Konsert Live P. Ramlee "Madu Tiga" yang berlangsung dua hari bermula semalam di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC menampilkan tayangan filem komedi klasik Madu Tiga diiringi persembahan muzik secara langsung.
Persembahan ini merupakan kali kedua MPO mengiringi tayangan filem tempatan secara langsung selepas tayangan OlaBola pada 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#P Ramlee
#Seniman Agung
#Madu Tiga
#Malaysian Philharmonic Orchestra
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan