KUALA LUMPUR: Sudah hampir lapan bulan kekejaman rejim Zionis berterusan ke atas rakyat Palestin dengan angka kematian kini lebih 35,000 orang.
Serangan menggila dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap orang awam yang tidak bersalah di Gaza, membuka mata dunia dan meningkatkan bantahan serta kecaman terhadap Israel termasuk di Malaysia.
Seiring dengan kelantangan dan sokongan tanpa henti terhadap Palestin, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggerakkan inisiatif melalui saluran khas, #Malaysia4Palestine.
Saluran khas tersebut, dengan sajian pelbagai segmen akan ditayangkan selama 24 jam bermula hari ini (25 Mei) di Saluran Astro 111.
Ia sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran masyarakat tentang krisis kemanusiaan di Palestin.
Selain menampilkan selebriti dan personaliti terkenal tanah air, #Malaysia4Palestine akan turut mengumpul dana untuk Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Antara artis popular yang terlibat adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza; Datuk M Nasir; Datuk Syafinaz Selamat; Alif Satar; Soo Winci; Che Puan Sarimah Ibrahim, Ella, serta ramai lagi.
#Malaysia4Palestine juga boleh ditonton di laman web Gempak, Xuan dan Ulagam.
Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita tingkatkan kesedaran kerana setiap sumbangan anda amat berharga!
Astro Awani
Sat May 25 2024
#Malaysia4Palestine akan turut mengumpul dana untuk Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Nenek, cucu dikhuatiri sesat di Bukit Buluh Telur, Selangor
Seorang wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu, Selangor, petang Ahad.
Mahasiswa perlu rasional memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud mengingatkan mahasiswa supaya bersikap rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.
Lagi jemaah meninggal dunia, kini 8 orang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan seorang lagi jemaah haji Malaysia musim 1445M/2024 meninggal dunia, menjadikan kini 8 orang jemaah haji negara mati di Tanah Suci, daripada kuota 31, 600 orang.
Menteri Kabinet ucap selamat menyambut Aidiladha
Bersempena sambutan Aidiladha 1445 Hijrah, 2024 Masihi yang disambut seluruh umat Islam di negara harini.
Beberapa menteri Kabinet turut merakamkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.
Beberapa menteri Kabinet turut merakamkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.
Arkib Negara kekal pelihara bidikan sejarah hubungan Malaysia-China
Arkib Negara masih menyimpan rapi setiap gambar serta dokumen penting rentetan daripada peristiwa bersejarah itu.
Deklarasi Sidang Kemuncak Ukraine di Switzerland dapat sokongan luas
Sidang Kemuncak Ukraine dihadiri 90 negara, menyokong deklarasi akhir mendesak keselamatan senjata nuklear, pembebasan tahanan awam, dan libat urus Rusia dalam rundingan.
Keamanan Ukraine makin hampir, tapi Putin tidak serius
Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menyatakan keamanan semakin menghampiri Ukraine, namun Presiden Rusia, Vladimir Putin masih tidak serius menamatkan perang dan menetapkan syarat tidak masuk akal.
Presiden Ukraine desak China kemuka pelan damai secara terus
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, mendesak China kemukakan cadangan pelan damai secara terus, bukan melalui media, dan mengajak Moscow memulakan rundingan damai segera
Menteri Kabinet ucap Selamat Menyambut Aidiladha
Semoga Aidiladha kali ini membawa pemahaman dan penghayatan akan erti pengorbanan sebenar yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s dalam membuktikan ketakwaan kepada Allah SWT.
Seorang lagi tentera Israel maut di selatan Gaza
Seorang lagi askar Israel terbunuh dalam pertempuran dengan Pejuang Hamas di selatan Gaza.
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.
Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai hari ini
Saluran khas tersebut dengan sajian pelbagai segmen akan ditayangkan selama 24 jam bermula 25 Mei ini di Saluran Astro 111.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.