KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga bulan negara berada dalam fasa peralihan ke era endemik, kes jangkitan COVID-19 kini dilihat semakin terkawal.
Namun ini tidak bermakna perjuangan menentang virus maut itu juga sudah di penghujung, kerana, walaupun sudah lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak, kemungkinan untuk seseorang dijangkiti virus itu tetap ada, cuma rata-rata kes merekodkan gejala ringan atau langsung tidak bergejala.
Meskipun begitu, yang lebih membimbangkan adalah kesan lain yang diakibatkan oleh virus itu termasuk ke atas mereka yang telah pulih daripada jangkitan.
Satu daripada kesan tersebut ialah gejala long COVID yang menurut pakar boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang jika tidak ditangani dengan baik.
GEJALA LONG COVID
Pakar perunding penyakit berjangkit yang juga profesor perubatan di International Medical University (IMU) Prof Dr James Koh Kwee Choy berkata amnya, SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, menyasarkan sistem respiratori, namun yang membimbangkan adalah virus itu sentiasa berevolusi (berubah ansur).
Justeru, kata beliau, kesan COVID-19 bukan hanya setakat pada sistem respiratori tetapi juga terhadap sistem lain termasuk kardiovaskular, dermatologi, muskuloskeletal (rangka otot) dan neurologi.
"Walaupun kebanyakan pesakit pulih tanpa sebarang masalah, ada segelintir yang mengalami kesan berpanjangan termasuk yang dikaitkan dengan gejala long COVID dan sindrom kelesuan kronik.
"Berdasarkan data perubatan, seseorang dikatakan mengalami long COVID jika gejala berterusan melebihi 12 minggu selepas pulih daripada jangkitan COVID-19. Mereka boleh mengalami pelbagai keadaan termasuk kelesuan, semput, sakit dada dan lain-lain," katanya kepada Bernama.
Tambah beliau, kebanyakan gejala tersebut sukar dikesan menerusi pemeriksaan rutin seperti elektrokardiografi (EKG) dan ultrabunyi, sekali gus menyukarkan pengamal perubatan mengenal pasti pemeriksaan yang boleh membantu mendiagnosis long COVID.
SIAPA YANG BERISIKO?
Menurut Dr Koh, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesan COVID-19 terhadap seseorang, namun umumnya mereka yang tidak cergas atau mempunyai masalah kardiovaskular dan respiratori lebih berisiko mengalami long COVID.
Bagaimanapun katanya ada kes mereka yang cergas dan dijangkiti COVID-19 dengan gejala ringan atau tidak bergejala dilaporkan mengalami kemerosotan tahap kecergasan yang ketara selepas pulih daripada jangkitan.
"Umum perlu tahu bahawa COVID-19 boleh mencetuskan tindak balas hyper-inflammatory (hiper radang) dalam badan, khususnya bagi kes kategori teruk. Bagaimana tindak balas ini mempengaruhi pemulihan organ yang terjejas masih belum diketahui. Sesetengah pesakit pulih tanpa sebarang masalah, sementara yang lain pula mengalami kesan sampingan untuk jangka masa yang lama hingga berminggu atau berbulan.
"Tempoh yang diambil untuk pulih sepenuhnya pula bergantung pada banyak faktor termasuk penyakit lain yang dihidapi pra-COVID. Tahap kecergasan seseorang juga boleh mempengaruhi tempoh pulih daripada COVID-19," tambah beliau.
TIDAK TERBURU-BURU BERSENAM
Menurut pakar, opsyen terbaik adalah bersenam secara tetap memandangkan aktiviti itu diketahui dapat meningkatkan imuniti seseorang.
Tidak kurang pentingnya ialah mengekalkan kesihatan fizikal pada tahap optimum dan mengelakkan tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan seperti merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, stres yang melampau, tidak cukup tidur, gaya hidup sedentari dan pemakanan tidak seimbang, ujar Dr Koh.
"Bagaimanapun jangan terburu-buru untuk terus melakukan senaman sebaik pulih daripada COVID-19. Ada beberapa perkara yang harus diambil kira. Amnya, bersenam tidak disyorkan jika seseorang itu masih bergejala. Mereka yang memang mempunyai masalah jantung atau paru-paru pula harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mula bersenam.
"Yang paling kami bimbang adalah risiko miokarditis, iaitu komplikasi pasca-COVID yang boleh membawa maut. Sakit dada, semput serta berdebar adalah antara gejala miokarditis," ujar beliau, menambah amat penting untuk seseorang itu peka dengan perubahan yang dialami tubuhnya.
KENAL PASTI SENAMAN YANG SESUAI
Sementara itu, jurulatih peribadi yang juga atlet triatlon Shen Choo ketika berkongsi pengalamannya dijangkiti COVID-19 pada Mac 2022 dengan Bernama, menegaskan senaman merupakan antara cara terbaik untuk memulihkan tahap kecergasan.
Beliau mengesyorkan mereka yang mahu memulakan usaha memulihkan kecergasan agar tidak tergesa-gesa selain menyimpan jurnal bagi merekodkan keadaan mereka setiap kali selepas bersenam.
Ini katanya bagi membantu mereka mengenal pasti jenis senaman yang bersesuaian dengan mereka.
"Mulakan dengan senaman ringan seperti regangan yoga yang boleh dilakukan sekalipun ketika anda sedang mengharungi jangkitan COVID-19. Regangan ini membantu peredaran darah dan akan membuatkan anda rasa lebih selesa. Ini termasuk gerakan-gerakan mudah seperti memeluk lutut ke dada dan memusingkan lengan.
"Setiap kali saya melakukan gerakan minimum (semasa dijangkiti COVID-19), saya rasa lega sedikit. Semasa dijangkiti, sendi rasa sengal-sengal. Jadi, apabila anda lakukan gerakan, peredaran darah akan meningkat. Hormon endorfin juga terangsang dan ini dapat mengurangkan sedikit rasa sakit," jelasnya.
Sebagai atlet triatlon atau triatlet, Shen sudah biasa berlari sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer, namun selepas pulih daripada COVID-19, beliau hanya mampu berlari sejauh tiga km.
"Bagaimanapun, dengan senaman ringan yang dilakukan secara tetap, prestasi tubuh saya beransur-ansur kembali kepada asal," tambahnya.
Dalam pada itu, Dr Koh berkata tahap pemulihan seseorang adalah berbeza.
"Memang benar, seseorang yang tiada faktor risiko atau faktor risikonya rendah, berkecenderungan kembali ke tahap kecergasan normal pada kadar lebih pantas. Namun ada bekas pesakit yang tidak dapat kembali sepenuhnya ke tahap pra-COVID, atau memerlukan masa yang lebih lama.
"Apapun, sebarang peningkatan tahap kecergasan selepas mengalami COVID-19 masih boleh dianggap satu pencapaian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Opsyen terbaik adalah bersenam secara tetap memandangkan aktiviti itu diketahui dapat meningkatkan imuniti seseorang. - Gambar hiasan
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.