awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023

Faida Rahim
Faida Rahim
13/01/2023
11:25 MYT
Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Projek rintis RFID bagi sistem tertutup di Lebuhraya PLUS mula dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong Sungai Dua sejak 22 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan petang ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Malaysia Berhad (PLUS) telah mengenal pasti isu berbangkit dan memutuskan untuk menambah 12 lorong RFID di plaza tol lebuh raya berikut;
  1. PLUS Sg. Besi (Plaza Tol Masuk)
  2. PLUS Jalan Duta (Plaza Tol Masuk)
  3. PLUS Shah Alam (Plaza Tol Masuk)
  4. PLUS Sungai Buloh (Plaza Tol Masuk)
  5. PLUS Rawang Selatan (Plaza Tol Masuk)
  6. PLUS Setia Alam (Plaza Tol Keluar)
  7. PLUS Setia Alam (Plaza Tol Masuk)
  8. PLUS Subang (Plaza Tol Masuk)
  9. PLUS Putra Mahkota (Plaza Tol Masuk)
  10. PLUS Kajang (Plaza Tol Masuk)
  11. Jambatan Pulau Pinang Jambatan Pulau Pinang
  12. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) Kubang Semang
Menurut PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan menggunakan sistem tol tertutup di mana jumlah kadar tol dikira berdasarkan pintu masuk dan keluar. Caj penalti akan dikenakan apabila keluar dari lebuh raya jika sistem tol tidak dapat mengesan pintu masuk.
"Oleh itu, jika penumpang telah memasuki lebuh raya menggunakan RFID, mereka juga mesti keluar dari lebuh raya menggunakan RFID.
"Begitu juga, jika anda mempunyai kad Touch N Go di dalam kereta, pemandu harus masuk dan keluar lebuh raya dengan mengetik kad yang sama di plaza tol untuk mengelakkan penalti," kata kenyataan itu.
Projek rintis RFID bagi sistem tertutup di Lebuhraya PLUS mula dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong – Sungai Dua sejak 22 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2021.
Pelaksanaan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) sudah dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di PLUS pada 15 Januari 2022.
Namun sehingga kini terdapat beberapa rungutan daripada pengguna termasuk dakwaan membabitkan kesesakan trafik serta pelekatnya sensitif dan mudah koyak.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara-Selatan
#RFID
#tol
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan