KUALA LUMPUR: Era pandemik COVID-19 menyaksikan pihak yang paling banyak berkorban masa serta tenaga menentang musuh halimunan itu adalah petugas barisan hadapan kesihatan.
Mereka juga sukar untuk mendapatkan cuti, bekerja lebih masa, memakai pakaian perlindungan diri (PPE) berlapis-lapis mahupun berjam-jam malah ada yang turut dijangkiti wabak ketika merawat pesakit.
Memahami situasi itu, pengendali mesin layan diri makanan dan minuman, ATLAS Vending Malaysia Sdn Bhd (ATLAS Vending) dengan kerjasama syarikat minuman terkemuka, PepsiCo menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyediakan mesin minuman layan diri yang menyediakan minuman menyegarkan percuma buat mereka.
Sebanyak 18 mesin layan diri diletakkan di hospital sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Muar dengan variasi minuman kegemaran termasuk perisa Pepsi Black, 7up Free, Revive dan jus sedia diminum Tropicana.
Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sampingan ATLAS Vending, Amy Gan berkata, CSR itu dijalankan bagi menghargai kumpulan itu yang bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab dengan minuman menyegarkan.
“Ada kalanya ketika mereka (petugas kesihatan) sedang berehat, banyak kedai makanan dan minuman yang tidak beroperasi, ini menyukarkan lagi keadaan dan mengambil banyak masa.
“Oleh itu, kami percaya inisiatif ini mampu meringkan kesukaran dihadapi dan membawa makna buat mereka,” katanya dalam program temu bual AWANI Pagi, Astro AWANI, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Gan menambah, syarikat juga sentiasa memastikan kebersihan dan keselamatan pengguna pada aras terbaik ketika menggunakan mesin tersebut.
“Kami menggunakan sistem serta produk penapisan NSF/ANSI Standard 53 yang diperakui mampu mengurangkan pencemaran dengan berkesan yang mana air ditapis dengan selamat.
“Di bahagian titik sentuhan pelanggan pula, sanitasi secara berkala dilakukan dengan menggunakan pembasmi kuman yang dapat menyingkirkan 99.99 peratus bakteria, di mengikut standard pembersihan yang ketat,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee berkata, pihaknya komited meneruskan kolaborasi dengan ATLAS Vending dan menyasarkan lebih banyak minuman pada masa akan datang.
“Kita telah melihat bagaimana mereka perlu bertolak ansur dengan memakai berlapis-lapis PPE yang pastinya sangat panas setiap hari demi membantu negara mendepani saat mencabar ini.
“Ini adalah cara terbaik untuk kami memanfaatkan kepakaran dan kemampuan PepsiCo, iaitu dengan menyajikan minuman yang popular serta dekat dengan mereka.
“Kami menjangkakan untuk mengisi semula lebih dari 200,000 minuman di 18 mesin minuman layan diri tersebut pada tiga bulan seterusnya,” ujarnya.
Selain itu, ATLAS Vending turut menawarkan pembayaran tanpa tunai menggunakan kad kredit, kad debit atau e-dompet pada setiap mesinnya.
Ia bukti untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan bagi memutuskan jangkitan COVID-19 melalui pengurahan sentuhan serta komitmen melestarikan alam sekitar.
Ehsan A Marisah
Tue Apr 06 2021
Antara petugas barisan hadapan yang mendapatkan minuman daripada mesin minuman layan diri percuma. - Foto ATLAS Vending
Sarawak nasihat PETRONAS buat keputusan rasmi segera
Tidak mahu lagi berlengah masa, kerajaan Sarawak pada Rabu menasihatkan PETRONAS untuk membuat keputusan rasmi secepat mungkin berkait dengan rundingan pengagihan gas asli di Sarawak.
Pelaksanaan gaji minimum swasta RM1,700 tidak terpakai kepada penjawat awam Sarawak
Pelaksanaan kadar gaji minimum di sektor swasta di seluruh Malaysia dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 tidak terpakai kepada penjawat awam Sarawak tetapi hanya untuk pekerja sektor swasta negeri ini.
SBH kibing ikat perjanjian dengan dua GLC Sabah RM7.2 bilion
Kibing Group syarikat berpangkalan di China komited membina kilang pembuatan kaca solar baharu bernilai RM7.2 bil di Kimanis, menerusi pertukaran dokumen melibatkan dua syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Naik taraf LTAKK oleh MAHB diluluskan dengan kos RM442.30 juta - Anthony
Menteri pengangkutan, Anthony Loke berkata kerajaan telah meluluskan cadangan projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dengan kos RM442.30 juta yang dibiayai oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham Tun Daim - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
APEC 2024: Laporan ABAC jadi input penting perbincangan dasar - PM Anwar
Perdana Menteri akan meneliti Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC dengan sebaiknya sebagai input penting dalam siri perbincangan dasar sepanjang Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC.
Paya Bakau Tanjung Manis sokong biodiversiti & ekopelancongan
Kawasan paya bakau seluas 10 ribu hektar di Tanjung Manis, Sarikei menjadi tapak Projek Karbon Biru Pertama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama syarikat Worldview Climate Solutions (Malaysia) Sendirian Berhad.
Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham Tun Daim - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Maritim Malaysia guna sistem C4ISR tahun depan
Maritim Malaysia bakal menggunakan sistem C4ISR atau pusat perintah, kawalan, komunikasi, komputer, perisikan, pengawasan dan peninjauan bermula tahun depan.
PBB sokong seruan Arab Saudi untuk gencatan senjata di Asia Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan sokongan penuhnya terhadap usaha untuk mencapai gencatan senjata di Palestin, Lubnan, dan semua kawasan konflik di Asia Barat.
ATLAS Vending lancar Sapot SME libatkan 13 PKS di seluruh negeri
Ia merupakan inisiatif membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mengembangkan perniagaan di samping menyokong produk tempatan.
ATLAS dan PepsiCo menyegarkan barisan hadapan melalui mesin minuman
Sebanyak 18 mesin layan diri diletakkan di hospital sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Muar dengan variasi minuman kegemaran rakyat Malaysia.