awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet lawan pedang Ukraine terkorban dalam perang

Bernama
Bernama
17/07/2023
06:46 MYT
Atlet lawan pedang Ukraine terkorban dalam perang
Pemain berusia 34 tahun itu meninggal dunia pada 3 Julai dan dikebumikan 10 hari kemudian. - Gambar hiasan
KYIV: Pemain lawan pedang Ukraine Denys Boreyko terbunuh dalam peperangan menentang Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kelabnya Liberte Dnipro, pemain berusia 34 tahun itu meninggal dunia pada 3 Julai dan dikebumikan 10 hari kemudian.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam catatannya di Twitter berkata Boreyko adalah "juara dunia remaja serta juara remaja Eropah serta sarjana sukan bertaraf antarabangsa".
"Dari hari pertama pencerobohan Rusia pada Februari, Denys membantu tentera Ukraine mempertahan wilayah Dnipro, dan pada Mac 2022, beliau secara sukarela menyertai angkatan bersenjata Ukraine," menurut Gerashchenko.
Pada Mac, Persekutuan Lawan Pedang Antarabangsa (FIE) memutuskan bahawa pemain lawan pedang Rusia dan Belarus dibenarkan beraksi dalam pertandingan antarabangsa sebagai atlet berkecuali.
Bagaimanapun, minggu lepas, Ukraine mengesahkan akan memboikot pertandingan perseorangan di Kejohanan Dunia di Milan dari 22 hingga 25 Julai.
Rusia dan Belarus tidak dibenarkan menyertai pertandingan berpasukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#atlet lawan pedang ukraine
#korban perang
#Terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan