awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM gerakkan anggota di kawasan banjir

Bernama
Bernama
25/12/2012
06:45 MYT
ATM gerakkan anggota di kawasan banjir
Tenaga dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah digerakkan ke kawasan banjir yang kini melanda Pantai Timur, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata sejak sebelum kejadian banjir, anggota ATM telah bersiap siaga dan digerakkan termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan tugasan koordinasi dan menyelamat mangsa banjir.
"Ini termasuk di Ulu Tembeling, Pahang di mana kita telah atur gerak secepat mungkin supaya hubungan antara satu kawasan dan kawasan lain tidak terputus.
"Kalau kita lewat melakukan koordinasi pasukan, kita tidak boleh meletakkan anggota untuk misi menyelamat dan ini boleh membahayakan keselamatan mangsa banjir," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau mengulas situasi terkini banjir yang menyaksikan lebih 6,000 mangsa dipindahkan terutama di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Jelas Zulkifeli, anggota ATM telah dikerah untuk berkampung di sekolah, balai polis, dewan dan kem askar wataniah dalam misi banjir kali ini.
Menurutnya ATM mempunyai aset khas seperti lori tujuh tan yang mampu mengharung air banjir bagi kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa.
Selain itu, ATM memiliki dapur bergerak untuk digunakan mangsa banjir di pusat pemindahan.
Topic Berkaitan
#ATM
#Pahang
#Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
#pusat pemindahan
#Ulu Tembeling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan