awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
11/02/2024
04:00 MYT
ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi - Mohamed Khaled
Kawalan secara berterusan menerusi pelbagai operasi dilakukan di kawasan darat, udara, perairan dan tuntutan bertindih. - Foto fail/BERNAMA
KOTA TINGGI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara serta mengekang sebarang aktiviti pencerobohan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kawalan secara berterusan menerusi pelbagai operasi dilakukan di kawasan darat, udara, perairan dan tuntutan bertindih, melibatkan pemantauan dan rondaan sepanjang masa di pos kawalan ATM di seluruh negara.
"Operasi dilaksanakan ATM berlaku sepanjang masa, untuk pastikan kedaulatan dan tiada pencerobohan sama ada kapal perang negara lain atau bot nelayan asing masuk ke kawasan kita.
"(Setakat ini) Rohingya paling ramai (kemasukan). Selain itu, operasi ATM turut mengekang kes penyeludupan, lanun dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kota Tinggi-Bina Puri Muay Thai Fight 2024 di Dewan Jubli Intan, di sini malam tadi.
Beliau diminta mengulas mengenai kejayaan cemerlang ATM dalam pelbagai operasi yang antaranya turut dilakukan secara bersepadu bersama agensi lain.
Mohamed Khaled berkata perolehan aset baharu juga sentiasa dilakukan bagi memastikan kesiapsiagaan ATM.
Selain itu, beliau berkata ATM sentiasa meningkatkan keupayaan, kemampuan dan pengalaman ATM melalui latihan ketenteraan yang dijalankan dengan kerjasama negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Sempadan Negara
#kedaulatan negara
#aktiviti pencerobohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan