awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM rampas 470 kilogram daun ketum bernilai RM44,650

Bernama
Bernama
11/10/2017
09:02 MYT
ATM rampas 470 kilogram daun ketum bernilai RM44,650
Enam orang tersebut telah melarikan diri dan meninggalkan 47 guni yang berisi daun ketum di tepi jalan. - Gambar hiasan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan 2 Rejimen Sempadan (2 RS) merampas 470 kilogram daun ketum bernilai RM44,650 yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran semalam.
Panglima 6 Briged Brig Jen Abdul Aziz Ismail berkata rampasan dibuat oleh empat anggota bersama seorang pegawai di kawasan Operasi Gubir, Pos Lampara pada pukul 5.25 petang.
"Semasa rondaan dibuat, anggota kita melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah motosikal yang dinaiki oleh orang awam dalam keadaan mencurigakan sedang menurunkan guni-guni merah daripada kenderaan tersebut.
Orang awam terbabit seramai enam orang telah melarikan diri dan meninggalkan 47 guni yang berisi daun ketum di tepi jalan selepas menyedari kehadiran anggota keselamatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Aziz berkata daun ketum yang dirampas itu telah dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut pihak polis.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#bahan terlarang
#ketum
#rampasan
#Rejimen Sempadan
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan