KUALA LUMPUR:Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan portal rasmi miliknya telah digodam.
Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang, insiden itu telah dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.
"Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.
"Serangan siber tersebut gagal menjejaskan operasi portal sebenar sebaliknya hanya berjaya menggodam segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Affendi berkata ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan dan ATM.
"Justeru, ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa kesemasa terutama melalui peranan BSEP dan CDOC yang bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara.
"Aspek keselamatan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat dikesan awal seterusnya ditangani sewajarnya," jelasnya.
Afiezy Azaman
Tue Dec 29 2020

ATM menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan dan ATM. -Facebook / Markas Angkatan Tentera Malaysia

Malaysia Airlines ke arah pemulihan - Khazanah
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.

Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International
Menerusi kerjasama itu, Sarawak Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dan di mana sahaja kod QR UnionPay diterima.

Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pelajar IPT terima manfaat ujian pengesanan COVID-19 percuma - Dr Adham
Kesemua pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) dikecualikan daripada bayaran fi bagi ujian pengesanan COVID-19.
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan Bersatu-UMNO: Ada keputusan, Setiausaha Agung akan umum - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893687/24668264031614856105533_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Iklan vaksin COVID-19 dalam talian dikenal pasti sebagai palsu
Kerajaan dengan kerjasama Interpol sedang memantau sindiket penjualan vaksin palsu secara dalam talian - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88
Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Darat yang telah terkorban semasa bertugas.

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama
Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Petugas kesihatan ATM diberi keutamaan pemberian vaksin COVID-19
Lebih 4,000 petugas kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sebaik fasa pertama pemberian vaksin bermula.

Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech: Ini lima perkara yang anda perlu tahu
Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang apa yang berlaku hari ini.

571,802 petugas barisan hadapan berdaftar terima suntikan vaksin fasa pertama - Khairy
Seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama setakat ini.

42,120 anggota ATM terima vaksin COVID-19 fasa pertama - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian vaksin itu melibatkan 84,240 dos dengan setiap anggota menerima dua dos suntikan vaksin.

ATM siap sedia jayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Pelan tindakan perlu bagi memastikan keseluruhan program imunisasi yang dirangka kerajaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai matlamat.

KKM akan tingkatkan ujian saringan kepada 100,000 sehari
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang lima strategi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Pusat Simpanan Vaksin akan dikawal ketat oleh polis, tentera
Pasukan keselamatan termasuk polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk mengawal Pusat Simpanan Vaksin (PSV).