SEGAMAT: Kerajaan meluluskan peruntukan sekali beri (one off) sebanyak RM10 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi pembelian aset dan persediaan menghadapi kejadian banjir pada masa akan datang.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukan tersebut diluluskan pada mesyuarat pasca-Kabinet semalam.
Beliau berkata, antara aset bakal dibeli adalah bot getah yang boleh memudahkan usaha menyelamat mangsa banjir terperangkap terutamanya di kawasan cetek dan lori tujuh tan.
"Sekarang ini ATM menggunakan bot tempur dan kita memerlukan bot getah yang digunakan komando dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
"Ini adalah persediaan untuk kita menghadapi ancaman bukan tradisi dan melengkapkan aset dalam memberi bantuan menyelamat dalam situasi seperti ini (banjir)," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, di sini, hari ini.
Mohamad berkata, pandangan daripada pihak berkaitan termasuk ATM akan diambil kira bagi mengenal pasti keperluan pembelian aset menghadapi banjir dan penempatan aset di beberapa negeri sering menghadapi banjir seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata, sebanyak 1,500 anggota tentera dikerah bagi membantu mangsa banjir di Johor melibatkan aset sebanyak 28 bot, lapan lori dan 25 trak termasuk pasukan Kor Perubatan ATM, Kor Jurutera Diraja ATM dan bahagian teknikal.
Susulan kejadian banjir teruk di Johor, pihaknya turut menghantar anggota tentera laut buat pertama kali bagi membantu mangsa banjir bersama agensi kerajaan lain, katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, pembinaan jambatan bailey di jalan utama ke Felda Selancar, Rompin, Pahang, akan disiapkan dalam tempoh terdekat.
"Sekarang ini (jambatan) akan dipasang dan kor jurutera ATM bersedia membantu Jabatan Kerja Raya, dalam sehari dua boleh siap," katanya.
Pada 1 Mac lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembinaan jambatan bailey di jalan utama Felda Selancar, Rompin yang runtuh akibat limpahan air deras ekoran hujan lebat. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir melawat mangsa-mangsa banjir yang dtempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Segamat, Johor, hari ini. - Gambar BERNAMA

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi awal dagangan
Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar zahirkan komitmen terhadap kebajikan anggota ATM
Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan anggota ATM dengan menyalurkan peruntukan bagi kos membaik pulih kediaman dan kuarters khususnya yang daif.

Perkhidmatan Maybank tergendala Sabtu, Ahad ini
Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank akan tergendala dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad susulan penyelenggaran sistem tersebut minggu ini.

Akaun bank kosong, penagih cuba pecah mesin ATM untuk beli dadah
Seorang lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, disyaki akibat terdesak untuk membeli dadah.

JHEV ATM sasar baik pulih 170 rumah tahun ini
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menyasarkan 170 rumah untuk dibaik pulih pada tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Mej Jen Zambery Jefry Darus.

10,000 veteran ATM dijangka terima PJM setahun
Peningkatan jumlah penerima pingat berkenaan ekoran pelaksanaan perluasan kuasa pengurnia dalam kalangan panglima perkhidmatan ATM.

Tentera Darat perlu kekalkan kedudukan sebagai angkatan berkredibiliti - PTD
Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman berkata Tentera Darat mestilah sejajar dengan profil angkatan masa hadapan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.

Pesara ATM buka syarikat percetakan sendiri untuk hapus stigma
Bukan mudah untuk menghapuskan stigma orang ramai terhadap pesara tentera yang biasanya dianggap tidak lagi memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat sebaik persaraan di samping gemar menyendiri.

ATM tidak tetapkan kuota kaum dalam pengambilan anggota - Mohamad
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah menetapkan kuota kaum bagi pengambilan anggota ATM, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohammad ucap takziah kepada keluarga Koperal Mohammad Nasri
Mohamad menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Nurhayatul Husna Abdul Muttalib.

Agong, Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga ATM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid.