LENGGONG: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar sejak Rabu lalu.
Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut enggan mengulas berhubung namanya disebut dalam audio perbualan berkenaan.
Shamsul Anuar yang ditemui pemberita pada Program Penghijauan Malaysia di Dataran Tasik Raban, dekat sini pada Sabtu sebaliknya hanya mengunci mulut dan menunjukkan isyarat tangan mohon maaf kepada pemberita dari dalam kenderaannya sebelum beredar meninggalkan majlis.
Baru-baru ini media melaporkan rakaman audio berdurasi 4 minit dan 17 saat itu telah tular di laman Facebook menerusi akaun Insider Malaysia.
Dalam audio itu kedengaran suara mirip Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.
Selain itu, suara mirip Ahli Parlimen Port Dickson turut menyatakan tentang harapannya akan ada menteri meletakkan jawatan lepas perhimpunan tersebut, namun perkara itu tidak berlaku.
Nama menteri yang dikatakan disebut dalam audio berkenaan dipercayai dikaitkan dengan Shamsul Anuar.
“Cuma tak dapat seorang menteri letak jawatan, tidak ada yang berani, hanya yang Perak, Shamsul, kalau dia boleh (letak jawatan). Kalau saya (Shamsul) respect mood perhimpunan, saya orang UMNO, saya patuh.. ambil, tapi tak apalah kita tengok siapa," kata suara mirip Anwar itu.
Walau bagaimanapun Anwar dan Zahid dilaporkan menafikan terbabit dalam audio tular berkenaan.
Amirrul Rabbani
Sat Apr 10 2021
Shamsul Anuar yang ditemui pemberita pada Program Penghijauan Malaysia di Dataran Tasik Raban, dekat sini pada Sabtu sebaliknya hanya mengunci mulut. - Astro AWANI
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
Polis siasat kes bacaan doa tular
Polis menerima satu laporan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.
Individu di sebalik audio tular kepada "Datin" dikenal pasti - Wisma Putra
Individu disyaki membuat rakaman mengandungi tuduhan terhadap Kementerian Luar Negeri dikenal pasti.
Politik Melaka: Tular audio perbualan, Idris nafi itu suaranya
Ketika suhu politik di Negeri Melaka terus panas susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu, tular pula satu klip audio yang didakwa mirip suara Bekas Ahli Dewan Undangan Neger
Audio tular: UMNO belum bersedia hadapi pilihan raya, dakwa suara mirip Tajuddin
Satu rakaman audio dikatakan mirip suara Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang menegaskan parti itu belum bersedia menghadapi pilihan raya umum, tular di media sosial.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
Polis terima 18 laporan mengenai rakaman audio tular mirip Anwar, Zahid - Bukit Aman
Polis menerima 18 laporan berhubung perbualan rakaman audio tular didakwa mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.
Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'pakar audio dan video'.
Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.
Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.