awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat - PAC

Bernama
Bernama
11/07/2024
03:10 MYT
Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat - PAC
Mas Ermieyati berkata PAC mahu penemuan dan dapatan pengauditan audit bebas itu kemudiannya dibentangkan kepada jawatankuasa itu apabila kementerian itu dan HRD Corp dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan, September ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik tindakan proaktif Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong melaksanakan pengauditan bebas terhadap Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan berkata, ia membuktikan Sim berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran, dan menyifatkannya sebagai langkah tepat dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Syarikat Jaminan Kerajaan itu.
"Walaupun perkara dilaporkan PAC dan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bukan ketika Yang Berhormat Sim menjadi Menteri Sumber Manusia, tetapi kesanggupan beliau membuat keputusan melantik firma audit bebas berdasarkan penemuan PAC dan JAN perlu menjadi contoh kepada menteri Kabinet lain," katanya.
Menurut LKAN Siri 2/2024, terdapat tindakan serta keputusan diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.
PAC turut dilapor sebelum ini mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan, digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata PAC mahu penemuan dan dapatan pengauditan audit bebas itu kemudiannya dibentangkan kepada jawatankuasa itu apabila kementerian itu dan HRD Corp dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan, September ini.
Semalam, Sim berkata juruaudit profesional pihak ketiga akan dilantik bagi mengaudit HRD Corp demi menjamin ketelusan dalam audit bebas, susulan laporan JAN dan PAC berhubung operasi syarikat itu dari 2019 hingga 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#Mas Ermieyati Samsudin
#HRD Corp
#LKAN 2 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan