awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan

Bernama
Bernama
28/11/2023
09:55 MYT
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Simposium Kos Sara Hidup (SCOL 2023) hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata audit itu dapat membantu kerajaan membuat rumusan berkaitan keperluan dan mengenal pasti kaedah memperkemas subsidi minyak masak.
"Kita sasarkan pada Januari siap audit, mungkin pada masa itu kita akan umumkan kes (dapatan) diperoleh," katanya sambil menambah audit itu juga bertujuan melihat secara keseluruhan pelaksanaan subsidi minyak masak setakat ini.
Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Simposium Kos Sara Hidup 2023 di sini hari ini, Armizan berkata kerajaan memerlukan mekanisme bagi mengurangkan ketirisan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi yang merugikan rakyat.
Beliau berkata ini kerana kerajaan pada asalnya memperuntuk RM500 juta bagi subsidi minyak masak tahun ini namun unjuran menunjukkan ia meningkat kira-kira empat kali ganda iaitu RM1.9 bilion.
ARMIZAN-AUDIT (MINYAK MASAK) 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Armizan juga berkata mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar minyak petrol RON95 akan dibentang oleh Kementerian Ekonomi pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
Beliau berkata satu jawatankuasa khas rentas kementerian juga telah diwujudkan berhubung pelaksanaan subsidi bersasar itu.
Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan memperkenal mekanisme subsidi bersasar bagi RON95 pada separuh kedua 2024 bagi memastikan ia disalur kepada golongan paling memerlukan selain mengoptimumkan sumber.
RON95 yang disubsidi kerajaan dijual pada harga RM2.05 seliter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#audit subsidi
#minyak masak
#ketirisan
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan