awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
[TERKINI] Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia selamatkan 13 kanak-kanak daripada rangkaian penderaan kanak-kanak

Bernama
Bernama
08/08/2023
04:01 MYT
Australia selamatkan 13 kanak-kanak daripada rangkaian penderaan kanak-kanak
Siasatan polis bermula pada 2022 apabila Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkongsi risikan mengenai rangkaian yang didakwa berkongsi bahan penderaan kanak-kanak di laman web gelap.- Gambar hiasan
SYDNEY: Sembilan belas lelaki telah didakwa manakala 13 kanak-kanak Australia diselamatkan daripada bahaya susulan siasatan ke atas rangkaian penderaan kanak-kanak dalam talian yang canggih, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Polis Persekutuan Australia (AFP) pada Selasa .
Siasatan AFP bermula pada 2022 apabila Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkongsi risikan mengenai rangkaian yang didakwa berkongsi bahan penderaan kanak-kanak di laman web gelap.
Ahli kumpulan itu menggunakan perisian untuk berkongsi fail secara tanpa nama, berbual di ruangan sembang laman web dan mengakses laman web dalam rangkaian itu, dakwa AFP.
AFP berkata beberapa kanak-kanak yang diselamatkan daripada bahaya telah didera secara langsung, manakala yang lain diselamatkan langkah keselamatan.
Komander AFP Helen Schneider berkata menyelamatkan kanak-kanak daripada bahaya dan mengheret pelaku yang didakwa ke mahkamah sentiasa menjadi keutamaan bagi penguatkuasaan undang-undang.
Siasatan yang dikenali sebagai Operasi Bakis, hanya boleh dilakukan kerana hubungan kerja yang erat antara AFP dan FBI, kata Schneider.
"Tindakan penjenayah menggunakan enkripsi dan web gelap adalah satu cabaran bagi penguatkuasaan undang-undang, tetapi Operasi Bakis menunjukkan apabila kita bekerjasama, kita boleh membawa pesalah yang didakwa kemahkamah," kata Schneider.
Operasi Bakis berpunca daripada pembunuhan dua ejen FBI semasa siasatan berkaitan di Florida pada 2021. Selepas kematian itu, FBI memulakan operasi antarabangsa yang menyasarkan pesalah di platform tersebut. Siasatan FBI menyebabkan 79 orang ditangkap kerana didakwa terlibat dalam rangkaian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penderaan Kanak-kanak
#Australia
#sindiket dalam talian
#risikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan