awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB kecam tindakan Israel “ceroboh” pusat kesihatan UNRWA
Rusia sedia pulihkan hubungan dengan semua negara Eropah - Putin
Angka kematian runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina meningkat kepada 25 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/01/2026
01:45 MYT
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh sebuah van Thailand yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, Kubang Pasu, malam tadi.
KUBANG PASU: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh sebuah van Thailand yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan beralamat di Kampung Bukit Beruas dalam mukim Binjal, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika van Toyota Hiace bernombor pendaftaran Thailand dipandu lelaki berusia 60 tahun dari negara jiran dalam perjalanan dari Pantai Remis, Perak menuju ke Satun, Thailand.
"Sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu van tidak berhenti semasa lampu isyarat merah dan melanggar motosikal jenis Modenas yang datang dari simpang sebelah kiri.
"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Kata beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu van yang tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.
"Pemandu van terbabit yang tidak mengalami kecederaan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saringan awal urin ke atas lelaki itu didapati negatif dadah.
"Dia yang beralamat di Satun dan bekerja sebagai pemandu mempunyai lesen pass border yang tamat pada 5 Julai 2026. Van berkenaan adalah milik adiknya," ujarnya.
Sementara itu, terdapat beberapa video tular di media sosial termasuk rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan sebuah van dipandu laju dan melanggar lampu merah sebelum merempuh motosikal yang baru bergerak selepas lampu isyarat di laluannya bertukar hijau.
Kejadian mengundang kemarahan daripada orang ramai yang mendakwa sering melihat kenderaan Thailand dan kenderaan berat dipandu laju di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#van Siam
#langgar lampu isyarat
#Kubang Pasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan