KING ISLAND: Pihak berkuasa hidupan liar Australia sedang menyiasat punca kematian 14 paus sperma yang ditemui terdampar di King Island, Tasmania pada petang Isnin.

Kumpulan Program Konservasi Marin Kebangsaan berada di pulau itu pada Selasa bagi mengendalikan proses nekropsi terhadap paus berkenaan.

Foto yang didedahkan menunjukkan mamalia itu terdampar di air yang cetek dan berbatu.

Pihak berkuasa juga merancang untuk melakukan tinjauan udara bagi menentukan sama ada masih terdapat ikan paus lain di kawasan itu.

Jabatan itu berkata ia bukan perkara luar biasa paus sperma dilihat di Tasmania.

Malah, kawasan paus yang mati itu berada di habitat biasa mereka.