awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Autisme bukan kekurangan tapi perbezaan - Dr Zahilah Filzah

Faida Rahim
Faida Rahim
01/04/2023
09:39 MYT
Autisme bukan kekurangan tapi perbezaan - Dr Zahilah Filzah
DR ZAHILAH FILZAH: Apa yang masyarakat hari ini perlu lakukan ialah memberi satu ruangan lebih banyak kepada individu autistik untuk diterima sosial dan masyarakat sejajar. -Instagram zahilahfilzah
KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu diberi penekanan bahawa autisme bukan kekurangan tetapi suatu perbezaan.
Pakar Pediatrik Dan Pengasas Bersama doktorbudak.com, Dr Zahilah Filzah Zulkifli menegaskan masyarakat kini hanya didedahkan kepada maklumat ciri-ciri atau simptom autisme yang ada pada seorang kanak-kanak itu.
“Jadi itu yang kita nak bawakan dalam Hari Kesedaran Autisme Sedunia esok (2 April), tapi saya rasa kesedaran dalam kalangan masyarakat lebih kepada ciri-ciri, masyarakat hanya melihat apakah ciri-ciri autisme itu.
“Kita tak bertanya mengapa mereka tidak mempunyai 'eye contact'? Mereka mempunyai perbuatan yang berulang.
"Jadi kalau dulu ramai orang berfikiran bahawa kalau tidak ada 'eye contact' maksudnya dia tidak memberi perhatian.
“Tapi apa yang kita tahu sekarang tidak mempunyai 'eye contact' itu sebenarnya adalah satu mekanisme untuk individu autistik itu untuk memberi perhatian kerana mereka mempunyai cabaran 'sensory' yang mengambil kira bunyi-bunyi, cahaya dan sebagainya.
"Pada masa sama, cara mereka memproses maklumat dan 'sensory' berbeza dengan kita. Jadi itu kita kena bawa pemahaman baharu yang perlu diambil kira,” katanya dalam program Pantau Kos Sara Hidup di Astro AWANI pada Sabtu.
Kongsi Dr Zahilah, dia mengambil contoh pengalaman berdepan dengan seorang kanak-kanak autistik yang mengaku berasa memiliki kawan buat pertama kali dalam hidupnya.
“Saya teringat momen bersama salah seorang ibu dan anak ini. Bila kita buat aktiviti bermain secara berkumpulan dan kebetulan kita bawakan seorang kanak-kanak, tetapi bagusnya dia telah dididik untuk memahami kerana mempunyai toleransi dan empati.
"Buat pertama kali, kanak-kanak autistik ini cakap dia mempunyai kawan dalam hidup dia.
"Apa yang masyarakat hari ini perlu lakukan ialah memberi satu ruangan lebih banyak kepada individu austistik untuk diterima sosial dan masyarakat sejajar.
"Ini sangat penting, masyarakat termasuk profesional, ibu-bapa, jiran-jiran untuk memahami maksud sebenar autisme,” katanya lagi.
Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun.
Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Hari Autisme Sedunia
#autistik
#Dr Zahilah Filzah Zulkifli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan