KLANG: Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional pada Jumaat meluluskan usul meminta kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial pada sesi persidangan Parlimen akan datang.
Usul, yang antara lain meminta kerajaan menubuhkan sistem perkhidmatan kerja sosial profesional, mempromosi status pekerja sosial dan menjamin hak serta kepentingan pihak penerima perkhidmatan itu disokong sebulat suara lebih 500 perwakilan selepas dikemukakan Ahli Jawatankuasa Pimpinan AWAN Nasional Anfaal Saari.
Anfaal yang juga Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor berkata kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Mac tahun lepas mengumumkan bahawa rang undang-undang itu di peringkat akhir penggubalan, namun sehingga kini masih gagal dibentangkan di Dewan Rakyat.
Beliau berkata dengan tergubalnya rang undang-undang itu nanti, kerajaan diharapkan mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan menjadikan pengambilan pekerja sosial sebagai syarat dalam pemberian geran kepada pihak berkenaan untuk melaksanakan program sosial dan kebajikan.
"Selain itu, kerajaan juga diseru membuat kajian bagi mereformasi institusi kebajikan dan sosial dengan memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan dan menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan, yayasan atau syarikat korporat untuk melaksanakan program kebajikan dan sosial.
"Dengan itu, kerajaan boleh menumpukan kepada usaha membuat dasar, kawal selia dan penilaian terhadap inisiatif penjagaan itu sendiri," katanya.
RUU Profesion Kerja Sosial digubal bertujuan mengiktiraf profesion kerja sosial menerusi penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial yang berfungsi untuk mengawal selia profesion kerja sosial melalui pendaftaran dan perakuan amalan pekerja sosial berdaftar.
Selain itu, menetapkan piawaian praktis dan pendidikan kerja sosial, menggalakkan pembangunan profesional serta meningkatkan imej profesion kerja sosial di Malaysia.
Sementara itu, konvensyen tersebut turut meluluskan tiga usul lain yang dibahas dan enam usul tanpa bahas yang akan dibawa ke Konvensyen Amanah Nasional yang diadakan di sini, esok dan Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
ANFAAL: Kerajaan boleh menumpukan kepada usaha membuat dasar, kawal selia dan penilaian terhadap inisiatif penjagaan itu sendiri. - Gambar fail/BERNAMA
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Awan menyerupai UFO gemparkan penduduk Turkiye
Sekali imbas, awan itu seakan-akan dua gelung cincin berbentuk bujur, dan bertahan selama kira-kira sejam.
Awan berbentuk kapal selam KRI Nanggala 402 buat netizen terpaku
Sebuah video awan yang dikatakan mirip seperti kapal selam KRI Nanggala 402 yang tenggelam pada Rabu lalu tular di media sosial.
MIDA sambut baik pelan Microsoft dalam inisiatif bersama Malaysia
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyambut baik pelan Microsoft Corp untuk menubuhkan pusat data serantau pertamanya di Malaysia yang akan mempercepatkan inovasi negara.
Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer
Letusan memaksa penduduk setempat berpindah sekurang-kurangnya lima kilometer dari gunung tersebut.
Hujan batu landa Kuching, Kota Samarahan
Suhu panas di sekitar Kuching dan Samarahan di Sarawak sepanjang hari ini dikejutkan dengan hujan batu yang turun sekitar jam 4.30 petang tadi.
Cuaca sejuk di seluruh Semenanjung, bukan hanya di Kelantan - Jabatan Meteorologi
Cuaca sejuk yang berlaku di Kelantan dan di seluruh Semenanjung menandakan Musim Monsun Timur Laut mula bergerak ke Sabah dan Sarawak.
Cuaca panas bakal berakhir tidak lama lagi
Jabatan Meteorology berkata kawasan pembentukan awan hujan mula kelihatan serta perubahan corak tiupan angin dari arah timur laut.