Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Awang Adek Hussein bersedia untuk diketengahkan sebagai calon Parlimen Bachok pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Bekas timbalan menteri kewangan kedua itu bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan sama ada beliau dipilih atau sebaliknya.
"Saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti. Mereka sudah di peringkat akhir, bahkan mungkin sudah ada senarainya. Dan saya bersedia untuk bertanding.
"Kalau ada calon lain, kita akan bekerja sebagai satu pasukan, kerana Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh menjamin masa depan yang lebih baik," katanya.
Beliau menegaskan, banyak pembangunan di Bachok yang belum dapat dilaksanakan, termasuk mempertingkatkan sektor pelancongan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak dari daerah itu.
Awang Adek berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui pada program Back to Schoool peringkat Parlimen Bachok di sini hari ini.
Katanya, Bachok mampu dibangunkan dengan lebih baik sekiranya diberi perhatian.
Menurutnya, rangkaian projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang turut menjadikan Jelawat, di Bachok, sebagai destinasi persinggahan dijangka memangkinkan lagi pertumbuhan ekonomi sekitar daerah itu.
Pada 2004, Awang Adek memenangi kerusi Parlimen Bachok namun tewas pada PRU 2008 dan 2013.
Sebelum ini, beliau turut pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Muhafandi Muhamad
Sat Dec 23 2017
Awang Adek berkata, banyak pembangunan di Bachok yang belum dapat dilaksanakan, termasuk mempertingkatkan sektor pelancongan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak dari daerah itu. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Awang Adek sedia bertanding PRU14
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan sama ada beliau dipilih atau sebaliknya.