Musim cuti persekolahan tiba lagi dan ini merupakan saat-saat yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar.
Ini kerana apabila tiba musim cuti persekolahan, ibu bapa pastinya akan merancang untuk membawa anak-anak mereka bercuti bagi merehatkan minda selepas penat lelah menuntut ilmu sebelum ini.
Namun cuti sekolah tidak bererti segalanya bercuti. Pada minggu akhir persekolahan biasanya para guru telah mengagihkan buku teks untuk diulangkaji di rumah sebagai persediaan sesi persekolahan akan datang.
Untuk memastikan tiada keciciran dari segi waktu mengulang kaji pelajaran dan mengisi masa lapang pada waktu cuti persekolahan, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membuat perancangan terbaik untuk anak-anak mereka.
Ini kerana, golongan belia terdedah dengan anasir-anasir negatif jika ibu bapa tidak bijak menyusun perancangan untuk anak-anak mereka.
Paling malang jika anak-anak memilih rakan yang tidak mempunyai hala tuju kehidupan. Pengaruh rakan sebaya amat kuat dan boleh memberi kesan negatif sekiranya rakan yang dipilih itu mendorong ke arah perkara yang tidak bermoral.
Bagi memastikan kalender cuti persekolahan terisi dengan perkara berfaedah, pihak sekolah juga tidak ketinggalan dalam sama-sama memainkan peranan sewaktu musim cuti persekolahan.
Pihak sekolah boleh mengambil inisiatif supaya cuti sekolah dipenuhi dengan perkara yang berfaedah. Jadual kelas terancang telah disususn dengan kemas dan agihan tugas kepada guru telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.
Biasanya minggu pertama cuti, Program Kelas Cuti Terancang akan dilaksanakan. Malah, ibu bapa perlu faham dengan situasi itu dengan merancang percutian mereka supaya tidak menjejaskan perjalanan kelas cuti terancang.
Kelas cuti terancang yang dilaksanakan itu tidak mengenakan sebarang bayaran. Oleh itu kerjasama dari ibu bapa supaya dapat membenarkan anak-anak hadir ke sekolah adalah penting. Ingatlah, jasa dan pengorbanan guru amat besar sekali.
Selain merancang percutian pada musim cuti persekolahan, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan agama seperti penekanan tentang solat, fardu ain dan sebagainya.
Penerapan didikan agama bukan hanya diletakkan di bahu guru agama di sekolah semata-mata sebaliknya perkara itu juga boleh dilakukan sebagai permulaan sewaktu musim cuti persekolahan.
Semoga percutian sekolah ini bukan sahaja memenuhi tuntutan fizikal malah yang lebih penting ialah tuntutan kerohanian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin kesejahteraan hidup anak-anak di masa akan datang.
Anak-anak muda ini merupakan golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan negara dan membina agama bangsa yang bertamadun selain berperanan sebagai pemimpin dalam rumah tangga.
* Artikel ini disediakan oleh AWANIJr Amna Alifa Zabidi, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Kuala Berang, Terengganu.
** AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
*** Kandungan mereka ini tidak mewakili pendapat Astro AWANI.
AWANIJr
Mon Nov 27 2017
Murid-murid diingatkan tidak melepaskan peluang mengikuti program kelas terancang yang dilaksanakan pengurusan sekolah.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANIJr: Manfaatkan kelas cuti terancang pada musim cuti persekolahan
Musim cuti persekolahan tiba lagi dan ini merupakan saat-saat yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Kuala Berang Terengganu.