awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas! Jangan salah pilih alat solek kanak-kanak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/01/2018
11:10 MYT
Awas! Jangan salah pilih alat solek kanak-kanak
Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif menyebabkannya lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman, kata oktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar.
Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif menyebabkan kulit mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman.
Atas alasan ini juga, ibu bapa diminta berhati-hati ketika mengenakan produk kosmetik kepada anak-anak mereka, kata doktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar.
Beliau menegaskan produk kosmetik untuk orang dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan.
"Apabila kulit itu terlalu sensitif dan terdedah dengan bahan-bahan kimia seperti logam berat, ia memberikan risiko tinggi dan komplikasi seperti radang kulit, kulit membengkak mahupun jangkitan berbanding oprang dewasa.
"Tambahan pula, daya imunisasi tubuh orang dewasa lebih tinggi berbanding kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambahnya, ibu bapa perlu mengambil tahu kandungan yang terdapat di dalam produk kosmetik bagi mengelak kesan sampingan terhadap anak mereka.
"Alat solek perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat atau setaraf dengannya.
"Kalau ada sijil kelulusan badan-badan ini, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko terhadap kanak-kanak," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anak
#Kanak-kanak
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#make up
#perubatan
#solek
#solekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan