serious_handsome_swordsman_by_rameshphoenix-d600q56-(1).jpg
REALITINYA, kita mudah tertarik dengan sesuatu yang cantik dan menawan. Lelaki suka merenung wanita cantik dan wanita suka melihat lelaki tampan. Bagaimanakah definisi lelaki tampan anda? Kacak dan
macho yang bagaimana? Sebagai rujukan, mungkin seseorang yang seperti Tom Cruise, Richard Gere, Putera William, John Abraham, Aaron Kwok, Enrique Iglesias, Joe Wings, James Dean, Ramon Fadhli, Tyson Beckford, Favio, Nicholas Saputra, Edika Yusof, Kurt Cobain (jika dia sedikit kemas), Elvis, atau personaliti sukan seperti Roger Federer, Luis Figo, Zinedine Zidane, Alex Yoong atau The Rock. Bagi saya, Prof. DiRaja Ungku Aziz juga kacak, begitu juga Datuk A.Samad Said, pernah anda lihat gambar mereka ketika muda dahulu? Sangat tampan.

Mungkin bagi yang perfectionist, definisi lelaki kacak dan sempurna dikira sebagai begini---Berwajah eksotik, rambut separas bahu, tinggi 6’ 2”, berbadan muscular, koceknya juga ‘kacak’ dan berpersonaliti menawan. Hmm, mungkin lelaki idaman anda ini wujud, satu dalam 10,000 orang yang anda temui namun hendak mencarinya mungkin senang sedikit sahaja daripada mencari contact lense anda yang terjatuh di lantai yang berkilat di KL Sentral. Hendak memikatnya selepas itu, tiada petua dapat diperturunkan tetapi satu nasihat yang mungkin berguna, jadilah diri anda sendiri.

Di akhirnya, itulah ciri diri anda yang berlainan daripada orang lain, yang mungkin akan menarik minatnya. Katakan anda berjaya memikatnya, namun seseorang yang sebegitu ‘lengkap’ tentunya pula mempunyai attitude tersendiri, jadi sudah bersediakah anda? Mungkin dia hanya berminat dengan anda sekejap, bukannya take advantage ke atas anda tetapi kerana dia sedikit sunyi ketika itu sedangkan dia sendiri lebih berkira-kira untuk mencari seseorang yang seperti Aishwarya Rai atau Angelina Jolie yang lebih ‘sepadan’ baginya. Tetapi, jika bukan tarikan fizikal sebabnya, apa sebenarnya yang diinginkan dalam sesebuah hubungan oleh seorang lelaki tampan?

Jika anda tidak berjaya mencari lelaki lengkap sebegitu tetapi berjaya menjumpai seseorang yang mempunyai tiga daripada lima ciri-cirinya maka itu pun sudah memadai. Seperti Tom Cruise, dia tampan dan berpersonaliti menarik. Namun mengapa hubungannya dengan wanita pilihan tidak bertahan lama? Apakah rahsianya, adakah sangat susah untuk seorang lelaki tampan mengekalkan sesuatu hubungan? (Ada yang boleh, seperti Johnny Depp dan Vanessa Paradise). Saya ada sedikit kisah lelaki tampan untuk anda.

(1) Awas! Lelaki Tampan Gemarkan Cabaran

Seorang lelaki tetap seorang lelaki. Benar, ada juga lelaki lembut yang semakin ramai bilangannya namun jika fitrahnya seorang lelaki maka sepatutnya dia sedikit kasar dan lasak. Tom Cruise sebenarnya seorang yang sangat gemarkan cabaran dan corak kehidupan yang lasak. Dia seorang yang berdedikasi dalam menjalani latihan berbulan lamanya untuk kebanyakan filem aksinya---Menerbangkan pesawat, rock-climbing, tidak gemar menggunakanstunt double, gigih berlatih memandu kereta lumba NASCAR, latihan pedang dan penggunaan senjata api. Dia seorang lelaki tampan yang gemarkan cabaran dalam hidup. Bermula dari filemTop Gun (1985) telah menyerlahkan sifat semula jadinya sebagai individu yang gemarkan cabaran. Malah ada juga bukti yang lebih awal dari itu iaitu Tom semasa berusia empat tahun, telah mencuba skydiving dari bumbung rumahnya menggunakan cadarnya sebagai payung terjun!

Jadi di sini, dibaca: Seorang pelakon tampan yang lasak. Dan bukan semua pasangannya sebelum ini yang mampu bersaing atau sekurang-kurangnya memahami kecenderungannya. Daripada semua pasangannya cuma Nicole Kidman yang dikatakan agak lasak danadventourous, mereka pernah scuba dive dan skydiving bersama, tetapi hubungan mereka juga tidak berkekalan. Katanya, wanita yang ideal untuknya ialah wanita yang dapat berkongsi minatnya. Bagaimana pula dengan Katie Holmes, bakal isteri ketiganya? Entahlah, mungkin lebih bernasib baik bersama Tom…

Pengajaran

Mungkin antara sebab banyak perhubungan anda dan pasangan tidak berjaya kerana masalah ini. Anda mungkin tidak memikirkan yang ia akan menjadi satu masalah (corak hidup yang berlainan) sebagai suatu yang serius tetapi ia seumpama virus trojan horse yang akan mengganggu rentak komputer anda sedikit demi sedikit sehingga akhirnya komputer anda terusjam jika tidak diberi perhatian dari awal. Bayangkan anda seorang pegawai bank berpotensi, dilihat berpotensi dinaikkan pangkat sehingga sebagai naib presiden, perhubungan korporat di sebuah bank antarabangsa manakala pasangan anda seorang pelakon teater yang turut menjadi seorang grafik artis sambilan.

Pada permulaan karier masing-masing, semua perkara ini tidak difikirkan sangat tetapi apabila berada di pertengahan karier, saat getir itu boleh menjadikan anda berdua sebagai individu yang sangat berbeza. Fikiran anda berdua sudah tidak sehaluan. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Si dia sangat sukar to pick up a fight tanpa memberi peluang kepada anda untuk membuka mulut. Rumahtangga anda bukan lagi a place to call home. Maka mungkin setakat itulah sahaja perjalanan hidup anda berdua. Lebih lama maka rumahtangga anda mungkin lebih sesuai dipanggil Ground Zero sahaja. Mungkin anda patut berpasangan dengan seseorang daripada dunia perbankan juga, lebih serasi dan banyak isu dapat dikongsi bersama dan biarlah pasangan anda mencari damai abadi dengan dunia seninya..

(2) Awas! Lelaki Tampan ‘Terlebih’ Penyayang

Di dalam barisan temannya sebelum ini, Tom Cruise dilihat paling sesuai berpasangan dengan Nicole Kidman. Mereka mempunyai dua anak angkat –Isabella Jane dan Connor Anthony. Semasa masih berpasangan dengan Penelope Cruz, Tom pernah mengakui secara terbuka bahawa dia masih cintakan Nicole dan akan sentiasa mencintainya. Seperti kata Tom, "You can love someone and know it's not right for you." Nah, jelas bukan, perhubungan itu adalah suatu yang kompleks dan saya tidak akan jemu-jemu berkata mengenainya.

Semasa kecil, mereka semua pernah melarikan diri daripada bapa mereka (bersama ibu mereka) kerana masalah keluarga Ini menjadikan Tom Cruise mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan tiga saudara perempuannya dan ibunya. Kakaknya akan meminta pandangannya terlebih dahulu jika mereka mahu berteman lelaki dan Tom dapat merasakan samada lelaki-lelaki itu sesuai atau tidak untuk mereka. Selain itu, Tom bukannlah seorang yang mudah kecewa, seperti katanya, "I will never be down with love. Ever. I'm the guy who loves relationships.”

Pengajaran

Manusia dikurniakan dengan sifat penyayang. Cuma sama ada anda mahu menunjukkannya, berkongsi dan memberikannya kepada mereka yang tersayang. Dalam konteks pasangan,naturally anda akan lebih menyintai orang yang telah lama anda kenal mengatasi pasangan baru anda walau anda katakan anda menyintainya. Dan bila mana ia diluahkan oleh seorang lelaki tampan maka banyaklah yang memberi perhatian. Ada yang akan bahagia dan ada yang akan kecewa dengannya.

Namun lelaki tampan juga manusia biasa. Tentunya akan berasa hampa jika pasangannya suka berdolak-dalih. Kata sangat memerlukannya, sebagai pendorong, untuk menggembirakan dan to make me laugh tetapi dalam masa yang sama tidak sanggup meninggalkan si dot dot dot itu. Walau si tampan sanggup menunggu hingga enam tahun dan sangat sayangkan pasangannya tetapi pasangannya rupa-rupanya mempunyai masalah tidak dapat memberikan sepenuhnya hatinya kepada pasangannya. Mungkin kelibat si dot dot dot itu walau jauh namun lebih disayanginya. Jadi lebih baik berterus terang sedari awal, tidak menyakiti hati sesiapa dan tidak membuang masa sesiapa. Enam tahun itu boleh selesai membuat penggambaran filem- trilogiLord of The Rings dicampur dengan dibuat filem baru kisah the Hobbits serta filem seterusnya akan asal usul the One Rings dengan detail dan mungkin masih berbaki enam bulan…

(3) Awas! Yang Cantik Sahaja Pilihannya

Satu persamaan antara wanita yang hadir dalam hidup Tom Cruise ialah semuanya pelakon. Mula berpasangan dengan aktress Rebecca De Mornay antara 1983-85 kemudian isteri pertama; Mimi Rogers, pelakon, berkahwin 1986, bercerai 1990. Isteri kedua dan paling terkenal, Nicole Kidman, mereka berkahwin pada Disember 1990 dan berpisah Disember 2000, Selepas itu dia berpasangan dengan Penelope Cruz, sekitar musim panas 2001 sehingga berpisah pada 2004. Terkini Katie Holmes, yang dikenalinya pada April 2005 dan sekarang ini mereka sedang bahagia bersama dan bertunang. Adakah mereka benar-benar akan berkahwin? Sesetengah laporan mengatakan ia hanyalah agenda untuk publisiti filem terbaru mereka, yang diatur dengan rapi oleh publicist mereka. Mereka bertunang hanya selepas berkenalan lebih kurang dua bulan, suatu tempoh yang cepat walau untuk sesiapa sahaja dan ini menimbulkan banyak persoalan. Namun ini memperlihatkan pilihan Tom Cruise hanyalah berlegar di kalangan jelitawan Hollywood sahaja.

Pengajaran

Mungkin ada di antara lelaki tampan yang memang mementingkan paras rupa pasangannya. Oleh kerana ketampanannya maka dia memerlukan seorang wanita yang jelita untuk melengkapkannya. Mungkin dia berbangga, turun sahaja dari kereta bersama pasangan, semua mata memandang. Dia mesti hidup dikelilingi oleh sang rupawan. Baginya, ini adalah satu ciri pertama, yang mesti dipenuhi oleh pasangannya sebelum dia memikirkan faktor lain seperti kesetian atau komitmen umpamanya. Ini suatu perkara yang normal. Lelaki yang kurang tampan juga selalu mengimpikan mendapat pasangan yang jelita. Mike Tyson juga pernah berkahwin dengan tiga wanita yang boleh dikategorikan sebagai menawan, antaranya aktress Robin Givens.

Tetapi ada juga lelaki tampan yang lebih rasional dan tidak terlalu mementingkan paras rupa semata-mata. Bagi mereka, paras rupa itu penting tetapi ada lagi faktor lainnya seperti kesesuaian bersama atau kerana hati budinya yang sangat luhur, ikhlas untuk bersama tanpa ada niat tersembunyi yang lain. Paras rupa yang tampan/jelita namun adakah hanya untuk diusung ke sana ke mari, ke majlis sosial dan menghebahkan ke seluruh dunia, “Lihatlah pilihanku ini.” Semoga anda bahagia. Perhubungan berlandaskan sama padan dan sama cantik sahaja tidak semestinya akan berjaya sepenuhnya. Ingat kisah Andre Agassi dan Brooke Shields? Antara pasangan penuh glamour sedikit masa lalu. Masa berlalu, akhirnya Andre meninggalkan Brooke untuk bersama Steffi Graf, seorang wanita yang lebih memahaminya.

(4) Lelaki Tampan Suka Populariti

Sebagai seorang lelaki tampan, tentunya Tom Crusie sangat popular bermula dengan zaman melonjaknya kembali kariernya pada pertengahan tahun 90-an. Namun dengan ketinggian 5’7”, kedudukannya sebagai aktor simbol seks tidaklah terlalu menonjol. Mengikut standard Hollywood, ketinggian seperti itu memang tidak mencukupi. Ada beratus aktor Hollywood dalam kategorisuperhunk itu yang tingginya melebihi 6 kaki. Ramai aktor baru yang menunggu masa sahaja untuk menjadi the next big thing, antaranya seperti pelakon utama siri televisyen Tarzan, Travis Fimmel yang menggabungkan wajah tampannya dengan susuk tubuh tegapnya. Ramai yang akan bersetuju bahawa Tom Cruise itu sangat dikenali dengan senyumannya yang menawan dan barisan gigi yang rapi itu, berjaya menambat hati beribu wanita sebelum ini. Tetapi tentunya dia sedar, itu sahaja belum mencukupi. Jadi langkah seterusnya, dapatkan pasangan yang sangat menawan, seperti Nicole Kidman dan Katie Holmes yang jelita dan tinggi lampai, ini boleh mengundang perhatian yang bukan sedikit. Dan tentunya menjadikan dirinya sentiasa in thespotlight. Percaturan bijak.

Pengajaran

Sememangnya sesetengah daripada kita ini tidak pernah puas hati dengan apa yang dimiliki. Jika jiran sebelah memakai Gen-2, kita berkira-kira untuk memakai Gen-2 sport edisi khas, biar lebih sedikit. Jika teman pejabat ghairah bercerita dia baru membeli kondo baru di Tropicana, anda tersenyum sinis dan berkata di dalam hati, tunggulah banglo baru aku siap di Damansara Perdana, lebih luas dan eksklusif. Dan jika kawan lama yang anda jumpa di majlis alumni sekolah itu membawa pasangannya yang seperti Miss Universe atau calon manhunt itu bersama, maka anda pula mencebikkan bibir dari jauh dan mula mencongak-congak untuk berhubung kembali dengan pasangan anda yang sangat tampan sebelum ini tetapi terpaksa berpisah seketika kerana sedikit masalah. Tetapi tujuan utama anda ialah untuk membawanya ke majlis alumni itu di tahun hadapan!

Jadinya ia tidak akan berkesudahan. Maafkan saya, memang bukan semua orang yang berfikiran begini namun ia tetap wujud antara kita sebagai manusia. Dan dalam konteks seorang lelaki tampan itu pula, ia membuktikan bahawa dengan ketampanan sahaja bukan semua perkara dapat diperolehi, benar, ia suatu kelebihan tetapi masih terselit kekurangannya. Jadi seorang lelaki tampan itu juga perlu menampung kekurangannya dengan segala sesuatu yang boleh dicapainya. Take advantage? Mungkin, tetapi lebih kepada win-win situation.

(5) Awas! Susahnya Menjadi Lelaki Tampan

Antara perkara yang sering dilemparkan semasa perkahwinannya dengan Nicole Kidman dahulu ialah dia dikatakan gay dan juga impotence. Kerana itu perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak. Ketika bersama, mereka telah beberapa kali naik turun mahkahmah kerana menyaman beberapa publications seperti London's Sunday Express dan majalah di Jerman yang mengeluarkan cerita yang didakwa mereka sebagai tidak benar. Selain itu, ‘serangan’ lain ke atasnya ialah dikatakan perkahwinannya dengan Nicole hanyalah satu perjanjian---She is asalaried wife. Lelaki tampan atau tidak, tiada seorang pun yang akan dapat benar-benar bersabar dengan pelbagai tuduhan seperti ini. Kenapa agaknya masyarakat suka melemparkan pelbagai tuduhan, malah gembira apabila berjaya mengkucar-kacirkan kehidupan seorang lelaki yang tampan?

Pengajaran

Ini adalah suatu masalah yang agak kompleks. Seperti juga masalah perhubungan itu. Masalah ini ialah masalah prejudis. Rakan sekelas anda di universiti, Faizul, tampan orangnya. Bila ada sesuatu hal dan ditanya rakan, Faizul yang mana, maka jawapan yang lazim, ala yang hansomeitu. Ohh…yang itu. So what? Habis di sebalik wajah kacak itu, tidak mahukah rakan anda lebih mengenalinya? Seperti mungkin Faizul itu peminat muay-thai atau pereka program games yang genius atau lebih suka mengembara ke puncak gunung untuk melihat matahari terbit dari berhadapan dengan masyarakat yang hanya melihatnya sebagai seorang yang kacak dan itulah sahaja yang mereka kecohkan akan dirinya.

Percayalah, di sebalik wajah tampan itu, bukan semua lelaki mahukan perhatian. Malah berasa rimas dan tidak selesa, pergi ke mana-mana dan berjumpa dengan sesiapa, hanya ditegur sebagai seorang yang kacak. Diingati dan dirujuk hanya sebagai seorang yang kacak. Sangat rimas! Pernah dengar cerita akan seorang pelakon yang tampan dan berbakat besar, yang hanya suka berlakon, filem yang benar-benar filem namun dia tidak sukakan publisiti dan menggemari corak kehidupan yang low-profile, malah dia juga tidak gemar berparti dan menghadiri majlis sosial setiap malam. Sudah dikurniakan wajah kacak, tentulah bersyukur kepadaNya, ia suatu kelebihan yang harus digunakan sebaiknya tetapi kenapa terdapat segelintir manusia lainnya yang mesti berterusan menggangu dan melemparkan anggapan seperti ahh, wajah kacak begitu, kalau berkenalan dengan seorang gadis, tentunya mahu take advantage sahaja, bukannya betul-betul serius pun, sounds familiar? Susahnya menjadi lelaki tampan dan untuk hidup tanpa perkara sebegini, mungkin harus menyimpan misai tebal, janggut panjang dan serabaikan sedikit rambut dan pakaian, mungkin kuranglah perhatian itu…(tetapi tidaklah sehingga menjadiClementino Kulup!)

(6) Awas! Lelaki Tampan Suka Tunjukkan Kuasa

Tom Cuise sepertimana yang diketahui ramai menganut ajaran agama Gereja Scientology---Akan hal berkaitan agama dan life philosophy yang dimulakan oleh L. Ron Hubbard's---Selepas kursus yang diadakan di gereja itu membantunya mengatasi masalah dyslexia yang dihadapinya. Ia lebih diperkatakan orang selepas pertelingkahannya dengan aktress Brooke Shields mengenai pengambilan dadah rawatan dan kepercayaan Scientology yang tidak bersetuju mengenainya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tom pernah bercita-cita menjadi seorang paderi, malah pernah memasuki latihan demi mencapai cita-cita itu, namun Tom meninggalkan kursus itu setahun selepasnya. Bermula 1986, dia mula menjadi ahli Church of Scientology ketika berkahwin dengan Mimi Rogers. Ketika perkahwinan keduanya dengan Nicole Kidman, antara punca keretakan rumahtangga merek; dikatakan Nicole mula hilang keyakinan terhadap ajaran itu (Nicole bukanlah penganut ajaran itu). Kata Tom, “She's not a bigot." Ia dikatakan suatu ajarancult yang pelik di mana ada yang mengatakan mereka boleh menjadi Christian Katolik dan penganut Scientology pada masa yang sama. Aduh, pening kepala. Yang mana satu ini?

Pengajaran

Sememangnya, isu agama, kepercayaan dan pegangan hidup itu adalah suatu yang sangatpersonal dan rumit. Asas kepada agama yang kukuh akan mencorakkan arah kehidupan kita ini. Ada yang menghadapi masalah kepercayaan, sedikit tersasar dari landasan sehingga ada yang berfahaman ateis. Jika kita lihat di Indonesia, sebahagian dari aktor dan aktresnya, mereka berkahwin tetapi mempunyai agama yang berlainan, ianya berdasarkan menghormati agama pasangan masing-masing. Jadi kita akan terdengar kes seperti si suami agamanya lain, isterinya agamanya lain. Ada yang mampu hidup bahagia, ada yang tidak. Dan kepercayaan agama ini juga meliputi semua orang, tidak kira tampan atau tidak.

Jadi persoalannya: Dapatkah lelaki tampan ini bertindak rasional dan tidak terlalu menekan pasangannya akan hal berkaitan persoalan agama selagi pasangannya menurut dan berpegang kepada ajaran agama dan kepercayaannya? Dan jika persoalan yang amat penting ini tidak dapat difahami maka rasanya tiada gunanya mana-mana pasangan untuk hidup bersama, jika tidak, mungkin mereka hanya saban malam bertekak dengan tahap desibel bunyi yang mampu memecahkan gelas kaca anda dan merubah keharmonian ekosistem kejiranan yang sebelum ini aman damai!

Teks: Fariz Ramlee