KUALA LUMPUR:Sesebuah kereta import terpakai (recond) dilihat cantik luaran mungkin mempunyai prestasi tidak baik akibat ketidakjujuran sesetengah penjual yang memusingkan meter perbatuan atau odometer kepada angka perjalanan terendah.
Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Zulhaidi Mohd Jawi@Said menegaskan, paling penting pembeli merujuk ke media sosial atau bengkel yang dipercayai sebelum tertipu dengan taktik yang kelak boleh membahayakan nyawa mereka.
"Ada kajian antarabangsa seluruh dunia, dalam urusan pembelian kereta terpakai, ada isu ketidakjujuran di mana penjual pusing odometer, apa tertera di odometer sebenar bukan angka sebenar.
"Biasanya akan dipusing kembali ke bawah, sejarah pengunaan disorok dan tidak diberitahu kepada pembeli," katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu katanya, kebanyakan kereta import terpakai yang berusia tiga sehingga lima tahun akan mula bermasalah dan memerlukan penukaran alat ganti.
Paling penting katanya, penyelenggaraan dan kesedaran pemilik itu sendiri untuk memastikan tahap kenderaan dalam keadaan terbaik untuk berada di atas jalan raya.
"Pengguna pertama saya nasihatkan untuk buat kajian menyeluruh, ada kelebihan atau kemanisan apabila menggunakan kerta tersebut, memang diakui ada elemen mewah dan sebagainya.
"Mereka perlu menggunakan media sosial yang dalam pengamatan saya ada ratusan ribu orang yang aktif. Ada laman yang khusus untuk kereta terpakai setiap model, ada laman untuk alat ganti, mereka juga boleh merujuk orang yang berpengetahuan dan bengkel yang kita bercaya," katanya.
Sementara itu, Pengasas scrut.my, Nik Muhammad Izwan Nik Mohd Kamel menegaskan, aplikasi yang dibangunkannya dapat membantu pembeli mengetahui kondisi sebenar kenderaan import terpakai yang dibawa masuk ke negara ini.
Katanya, paling penting keselamatan pemilik selain menyarankan penjual sentiasa jujur dalam menjalankan urus niaga.
"Ada aplikasi scrut, kita boleh bantu pembeli yang hendak membeli kereta 'recond' untuk periksa keadaan sebenar, jadi kita tahu keadaan sebenar kereta itu semasa di luar negara.
"Apabila beli di sini, kita yakin kereta dalam keadaan selamat dan juga boleh diguna pakai dalam masa yang lama. Kebanyakan pembeli buat pinjaman sehingga sembilan tahun. Kalau hendak beli sesuatu perlu beli yang terbaik.
"Kami buat solusi kepada penjual yang jujur, boleh senaraikan kereta mereka dalam senarai scrut untuk ditunjukkan kepada orang ramai, ada bukti pembelian laporan dan diperiksa di pusat kami," jelasnya.
Nada sama diberi seorang lagi Pengasas scrut.my, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin yang memberitahu, data yang diperoleh akan menjadi rujukan dan bantuan pembeli agar tidak tertipu dengan penjual yang tidak bertanggungjawab.
Tegasnya, usaha itu merupakan kesedaran pihaknya selepas melihat banyak penipuan dalam urusan pembelian kereta import terpakai dan mempelawa lebih banyak pihak membangunkan aplikasi seumpama itu untuk kemudahan masyarakat.
"Kalau dulu saya selalu sebut dalam media sosial, kami lahir dari roh marhain yang ditindas.
"Kami berjaya buktikan penipuan penjual kereta 'recond' selama ini, mereka bawa masuk kereta kemalangan, tetapi isytihar kereta dalam keadaan baik.
"Jadi bila ada aplikasi lain, dalam perjuangan ini tidak mahu berseorangan perlu teman," katanya.
Sementara itu, pengasas sebuah lagi pembangun aplikasi pemeriksa kereta import terpakai, recon.my, Mohd Akif Akmal berharap kerajaan dapat memberikan kerjasama serta pengiktirafan kepada mereka sebagai tempat pengesahan pihak ketiga agar masyarakat tidak terus tertipu dengan penjual yang tidak jujur.
Tegasnya, penjualan kereta yang tidak mencapai spesifikasi terbaik memungkinkan risiko kemalangan dan mengorbankan nyawa.
"Bagi saya kereta 'recond' yang tidak sempurna ialah kereta yang sudah menjalani berbatuan tinggi, sudah terlibat kemalangan serta mempunyai rating rendah yang dikeluarkan negara asal.
"Pada pandangan saya, kereta ini harus dijual dalam keadaan sempurna dan tidak ditipu penjual untuk mengurangkan risiko kerosakan serta kemalangan jalan raya," tegasnya.
Rekod selenggara kereta import terpakai penting untuk mengetahui jangka hayat alat ganti yang harus ditukar pada masanya.
Penipuan bacaan odometer memungkinkan alatan itu tidak ditukar pada tempoh sebenar sekali gus memungkinkan kemalangan atau kerosakan yang menyebabkan pemilik berbelanja lebih banyak untuk membaiki kenderaan mereka.
Wan Syamsul Amly
Sat Nov 21 2020
Penjualan kereta yang tidak mencapai spesifikasi terbaik memungkinkan risiko kemalangan dan mengorbankan nyawa. - Gambar fail/BERNAMA
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Pemuda maut dalam perjalanan ke rumah tunang
Hasrat seorang pemuda berkunjung ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut untuk makan tengah hari tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Benta-Jerantut, hari ini.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Remaja maut rempuh kenderaan polis
Mangsa tercampak setinggi beberapa meter sebelum terjatuh apabila motosikalnya merempuh kenderaan polis.
Dua rakan maut pulang selepas cuti beraya
Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok simen pembahagi jalan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lori sampah rosak brek rempuh 14 kenderaan di persimpangan lampu isyarat
Lori sampah tersebut yang mengalami masalah brek melanggar kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.