awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayah tiri 'Adik' asyik minta maaf - Kakak angkat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
31/01/2021
09:38 MYT
Ayah tiri 'Adik' asyik minta maaf - Kakak angkat
Tufah yang juga bekas rakan satu kolej suspek wanita berkenaan berkata, mengenali wanita berkenaan, dia tidak menyangka peristiwa tragis ini terjadi kepada adik angkatnya. - Foto Astro AWANI
MELAKA TENGAH:Suspek lelaki yang juga ayah tiri kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai lemas dalam tong dan didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka berkali-kali mengucapkan kata maaf kepada keluarga angkat kanak-kanak yang lemas di dalam tong air dan dipercayai didera.
Menceritakan hal itu kakak angkat mangsa yang dipanggil 'Adik", Tufah Naziha Md Tarmidi, 26, berkata, permohonan maaf lelaki berkenaan diungkapkan ketika mereka bertemu pada proses pengecaman mayat kanak-kanak malang itu di Hospital Melaka hari ini.
Ujar Taufah, ketika pengecaman itu ibunya Norlida Abu Hassan, 50, juga sempat merayu kepada ibu kandung kanak-kanak itu untuk membenarkan anak mereka dikebumikan di kediaman dia membesar di Rawang Selangor.
Bagaimanapun wanita berusia 32 tahun itu hanya menggeleng kepala tanpa berkata apa-apa.
Perkembangan kes kematian kanak-kanak tujuh tahun
Tufah yang juga bekas rakan satu kolej suspek wanita berkenaan berkata, mengenali wanita berkenaan, dia tidak menyangka peristiwa tragis ini terjadi kepada adik angkatnya.
Katanya, wanita itu merupakan graduan diploma bimbingan dan kaunseling yang tamat pengajian di sebuah kolej swasta di Melaka pada tahun 2015.
BACA: Ibu kandung mangsa lemas dalam tong, graduan diploma kaunseling
BACA: Budak maut dalam tong air: Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, mungkin sudah lama meninggal dunia - Jiran
Terdahulu Astro AWANI melaporkan sepasang suami isteri direman tujuh hari selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia pada petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa berusia 38 tahun yang mengatakan anaknya itu lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.
Siasatan pihak polis bagaimanapun mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan, sebelum mayat kanak-kanak itu dibawa ke jabatan perubatan forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak didera
#lemas dalam tong
#Taman Krubong Jaya
#Tufah Naziha Md Tarmidi
#lemas
#meninggal dunia
#jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan