awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ayam bising, ular berat 80kg bertandang'

Sinar Harian
Sinar Harian
24/10/2022
03:00 MYT
'Ayam bising, ular berat 80kg bertandang'
Ramli bersama ular sawa yang menelan ayam miliknya. - Foto Sinar Harian
LIPIS: Bunyi bising ayam membawa kepada penemuan seekor ular sawa seberat 80 kilogram di reban milik seorang penduduk di Kampung Chat di sini pada Ahad.
Penduduk, Ramli Ripin, 52, memberitahu, ketika kejadian dia menonton televisyen bersama keluarga sebelum terdengar bunyi bising tersebut.
"Saya pun segera keluar dari rumah dan suluh lampu ke dalam reban sebelum mendapati ular sepanjang kira-kira enam meter itu menelan seekor ayam.
"Kebetulan memang ada seekor sahaja ayam di dalam reban tersebut dan jiran saya segera menelefon Angkatan Pertahanan Awam (APM)," kata Ramli kepada Sinar Harian pada Isnin.
Anggota APM Lipis berjaya menangkap ular sawa seberat 80kg di Kampung Chat di Lipis pada Ahad. - Foto ihsan APM
Anggota APM Lipis berjaya menangkap ular sawa seberat 80kg di Kampung Chat di Lipis pada Ahad. - Foto ihsan APM
Ujar Ramli, sebelum ini beberapa ekor kucing miliknya turut hilang dan tidak menolak kemungkinan ditelan reptilia tersebut.
"Memang pernah ada ular sawa datang ke kawasan rumah tapi tak dapat tangkap sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Pegawai APM Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Azhar Yusof memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.16 malam.
"Seramai lima anggota dan sebuah lori digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat ular sawa dalam reban itu.
"Anggota APM mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia itu dengan menggunakan alatan khas," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ular sawa
#Ayam
#Ramli Ripin
#bunyi bising
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan