Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia

Astro Awani
April 4, 2018 00:09 MYT
Zaleha telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli politik kerajaan mahupun pembangkang. - Gambar Astro AWANI
Sering kali kita biasa mendengar bahawa sukan dan makanan mampu menyatukan rakyat Malaysia.
Ternyata ia terbukti apabila kisah tukang masak Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana ayam rendangnya tidak rangup dan garing mendapat tumpuan di hati masyarakat.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata dalam suasana panas menuju pilihan raya umum, ramai mudah terlupa mengenai titik persamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.
"Kita bergaduh dan bertegang urat sehingga lupa budi bahasa. Namun adakalanya, sesuatu perkara yang tidak dijangka muncul dan rakyat Malaysia bersatu hati dalam sesuatu perkara."
"Puan Zaleha Kadir Olpin dan rendang ayamnya secara tidak langsung telah menjadi penyatu rakyat Malaysia, tidak kira daripada Kerajaan atau Pembangkang," kata beliau dalam catatan Facebooknya pada Selasa.
Anifah turut mengucapkan syabas kepada Zaleha sambil berharap dapat berjumpa dengan wanita berkenaan suatu hari nanti.
"Anda telah berjaya melakukan apa yang tidak dapat dilakukan ramai ahli politik, iaitu menyatukan rakyat Malaysia ketika berlakunya perpecahan," katanya lagi.
BACA: Gara-gara 'ayam rendang tidak rangup', netizen serang YouTube MasterChef
Dalam kehangatan menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba, episod 'ayam rendang rangup' turut 'menyatukan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang senada terhadap isu itu.
Najib, menerusi Twitternya secara sinis berkata: "Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood."

Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood pic.twitter.com/nWBbaVN8HY

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan hidangan itu.
Sementara, Dr Mahathir pula dalam reaksinya di Twitter berkata: "Mungkin anda keliru ayam rendang dengan KFC."

Maybe you are confusing rendang chicken with KFC https://t.co/yjsw0CeFtR

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: 'Mak cik dan pak cik bawang' Nusantara bersatu, laman YouTube MasterChef UK dipadam
BACA: Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia 'sekolahkan' juri Masterchef UK
BACA: Ayam rendang 'crispy': Minta maaf sajalah, jangan ego - Chef Wan
#ayam rendang #ayam rendang rangup #Datuk Seri Anifah Aman #Datuk Seri Najib Tun Razak #Indonesia #isu semasa #MasterChef UK #Menteri Luar #Perdana Menteri #Singapura #TUN DR MAHATHIR #Zaleha Kadir Olpin