SANDAKAN: Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan telah mengesan beberapa pasar raya di Sandakan yang didapati menjual seluar dalam lelaki atau ‘boxer’ yang memaparkan sepotong ayat suci Al-Quran.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, susulan kejadian tular di Facebook berhubung perkara itu, pihaknya bergegas membuat pemeriksaan lanjut, pada Jumaat.
Menurutnya, seramai enam anggota penguat kuasa JHEAINS terlibat dalam pemeriksaan berkenaan.
Pada awalnya JHEAINS membuat pemeriksaan ke atas pasar raya yang ditularkan menjual ‘boxer’ berkenaan yang terletak di Batu 8.
Bagaimanapun, sebaik tiba, didapati dakwaan itu ternyata benar, namun pakaian dalam itu sudah pun disimpan.
Susulan itu, JHEAINS menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa lagi pasar raya di Sandakan dan mendapati dua buah pasar raya didapati turut menjual ‘boxer’ berkenaan.
Justeru, pihaknya telah merampas beberapa helai seluar dalam berkenaan untuk tujuan siasatan.
Pihak pasar raya juga diminta menyimpan dan tidak menjual seluar dalam terbabit.
Dalam pada itu, difaham pihak pengurusan sebuah pasar raya turut memaklumkan bahawa pihak pengeluar jenama seluar berkenaan telah memberikan arahan penarikan ‘boxer’ terbabit.
Bagaimanapun, tindakan selanjutnya akan diambil bagi menangani perkara tersebut.
Sejak pagi Jumaat, beberapa keping gambar memaparkan ‘boxer’ yang tertera ayat Al-Quran tular di Facebook.
Radhi Muslim
Fri Apr 30 2021

JHEAINS menjalankan pemeriksaan ke beberapa lagi pasar raya di Sandakan dan hasilnya terdapat dua buah pasar raya didapati menjual boxer berkenaan. - Facebook@Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KKDW diminta kenal pasti tanah sesuai untuk penanaman kelapa
Kata Ahmad Zahid, KKDW akan bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan Tahap Sara Diri yang disasarkan dapat dicapai.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7285/7320 berbanding dolar AS 4.7215/7255 ketika ditutup pada Selasa.

Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah
Mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat bersama.

Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja
Satu kertas kerja sedang disiapkan oleh kerajaan Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah lama berlaku di negeri ini.
AWANI Borneo [04/10/2023] - Jerebu | Kekal 3.1 peratus | Lonjak ekonomi Malaysia
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
1. Sri Aman masih catat IPU tidk sihat
2. Inflasi Malaysia dijangka turun 2.6 peratus tahun ini.
3. Abang Jo yakin kerjasama Sarawak-Pulau Pinang mampu lonjak ekonomi negara
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
1. Sri Aman masih catat IPU tidk sihat
2. Inflasi Malaysia dijangka turun 2.6 peratus tahun ini.
3. Abang Jo yakin kerjasama Sarawak-Pulau Pinang mampu lonjak ekonomi negara
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Agensi penguatkuasaan dibenarkan periksa pengilang, pemborong padi & beras
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan Task Force Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT).
Sabah memperuntukkan RM27.6 juta bagi pembangunan ICT
Kerajaan negeri Sabah melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah memperuntukkan RM27.6 juta bagi meningkatkan perkhidmatan pendigitalan sebagai satu komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Sarawak komited jadi peneraju ekonomi digital
Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 menetapkan bagaimana Sarawak akan menjamin masa depannya sebagai kuasa ekonomi digital dan masyarakat berteknologi dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Sammi Liew wakili suara belia dalam Majlis Perbandaran Tawau
Sammi Liew 22 tahun mengangkat sumpah sebagai ahli majlis di hadapan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang di pejabatnya di bangunan MPT pada Rabu.
Penduduk Tawau terpaksa beli beras import
Tinjauan yang dilakukan di sekitar bandar Tawau mendapati, masih sukar buat penduduk mendapatkan bekalan beras tempatan di pasaran. Ekoran itu tiada pilihan, mereka terpaksa membeli beras import, walaupun dengan harga yang mahal.

Polis tahan sukarelawan polis buat komen mengaibkan di Facebook
Polis menahan wanita berusia 39 tahun itu pada pukul 10.58 malam tadi di kawasan Endau, Mersing.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.

Bekas Presiden Bolivia Morales akan bertanding semula jawatan
Bekas presiden Bolivia Evo Morales mengumumkan hasratnya untuk bertanding semula dalam pilihan raya akan datang pada 2025, menurut satu catatan di Facebook pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penggubalan Akta Kebebasan Maklumat, dipersetujui secara prinsip - Anwar
Menurut kenyataan itu, langkah tersebut diambil bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat dipertingkat dan menggalakkan penglibatan rakyat, dalam proses pembentukan dasar negara.

Gunakan media sosial sebagai medium perpaduan rakyat Malaysia
Penting bagi semua rakyat melaksanakan peranan dan tanggungjawab menggunakan media sosial sebagai medium perpaduan.

Rakyat Bumi Kenyalang teruja nantikan kedatangan Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Rakyat di Bumi Kenyalang kini hanya menghitung jam sebelum keberangkatan tiba rombongan Kembara Kenali Borneo yang bermula esok di negeri itu.

Polis tahan pengasuh dera kanak-kanak dua tahun
Polis menahan seorang pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan di bawah jagaannya.

Anwar hulur sumbangan kepada anak P. Ramlee
Anwar hari ini menghulurkan sumbangan kepada anak seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali yang terlibat dengan kemalangan sehingga dikategorikan sebagai OKU.

Polis tahan pekerja taska dipercayai abai kanak-kanak setahun
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita tempatan berumur 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini pada 2.15 petang Selasa lepas.

PM Anwar ucap takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Noh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Muhammad Noh Muhammad Isa yang meninggal dunia semalam ketika bertugas.