Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu mengambil tindakan serius terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang tidak mematuhi ketetapan perlembagaan parti.
Menurut Azalina tindakan itu wajar kerana mana-mana persatuan atau parti politik tidak seharusnya membelakangkan peraturan atau perlembagaan mereka sendiri.
"Kita ada undang-undang dan peraturan, jadi kita kena ikut undang-undang dan peraturan tersebut. Setiap pertubuhan baharu didaftarkan di ROS sepatutnya faham elemen peraturan dan perlembagaan undang-undang.
"Malulah apabila sebuah parti politik yang mempunyai ramai pengikut dalam kalangan pengamal undang-undang (peguam) tidak menasihatkan tentang undang-undang penubuhan parti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) dan Pergerakan Belia Dalam Kawasan Parlimen Pengerang, di sini hari ini.
Bernama melaporkan Azalina sebagai berkata, semua pihak boleh untuk mewujudkan persatuan atau parti politik tetapi tidak mudah untuk mereka patuh dan mengikuti segala ketetapan alam perlembagaan mereka.
"Sekadar hendak mewujudkan parti politik semua orang boleh wujudkan parti politik tapi kalau benda yang mudah macam ini pun mereka tidak faham, saya tidak yakin mereka boleh memimpin dan menawarkan diri sebagai pemimpin.
"Bagi saya, kebanyakan dalam parti ini ialah mereka dalam kategori 'marahkan nyamuk kelambu dibakar'. Bila tidak dapat, dia wujudkan atau masuk parti politik baharu," katanya.
Pada 1 Nov lalu, lapan bahagian PPBM Johor mengemukakan aduan kepada ROS berhubung kegagalan pucuk pimpinan PPBM mematuhi ketetapan perlembagaan parti berkenaan.
Semalam 10 lagi bahagian PPBM Johor membuat aduan kepada ROS berkaitan kepincangan dalam perlembagaan parti serta tindakan menangguhkan perhimpunan agung selama enam bulan lagi.
Antara dibangkitkan adalah penggunaan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang masih belum diluluskan ROS penggunaannya kerana masih di peringkat permohonan.
Astro Awani
Sat Nov 11 2017
Azalina berkata semua pihak boleh untuk mewujudkan persatuan atau parti politik tetapi tidak mudah untuk mereka patuh dan mengikuti segala ketetapan dalam perlembagaan mereka.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.