awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina mempengerusi sidang Dewan Rakyat sekali lagi dipertikai

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2021
08:39 MYT
Azalina mempengerusi sidang Dewan Rakyat sekali lagi dipertikai
Azalina Othman Said menjelaskan, beliau dijemput oleh Azhar Azizan Harun berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat untuk mempengerusikan Dewan Rakyat - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu membabitkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kembali mempengerusikan sidang Dewan Rakyat sementara sekali lagi dipertikai ahli-ahli Parlimen blok pembangkang.
Perkara itu dibangkitkan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) yang mempersoal kewajaran Azalina menerima jemputan bagi mempengerusikan persidangan itu memandangkan beliau kini telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia).
Jelasnya, keadaan itu dibimbangi akan mewujudkan kejanggalan sekiranya ada isu berkaitan perundangan atau hak asasi manusia membabitkan perdana menteri nanti.
"Katakanlah timbul perkara yang membabitkan kedudukan perdana menteri dalam perundangan, hak asasi manusia misalnya di mana Yang Berhormat hendak menasihati perdana menteri.
"Jadi, sudah tentu ia wujud satu kejanggalan atau boleh kita katakan konflik kepentingan. Jadi saya mohon sedikit rulling dalam perkara ini," katanya.
Tampil menjawab perkara itu, Azalina berkata, beliau dijemput oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat.
"Saya telah dijemput di bawah Perkara 73 , kalau Yang Berhormat ada isu atas jemputan (sebagai pengerusi persidangan), (Yang Berhormat) boleh bawa kepada Speaker.
"Sebab saya mengikut arahan. Tidak ada masalah," katanya.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Dewan Rakyat
#perundangan
#hak asasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan