awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Perak bongkar sindiket penyelewengan diesel di Ipoh
KESUMA jalankan kajian lanjut, perhalusi pelaksanaan dasar baharu penggajian ekspatriat - Ramanan
KSN seru tingkatkan komunikasi, kurangkan 'Bahasa Putrajaya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Baki bakal bertemu Khaled, KSU MINDEF untuk perkasa tatakelola pertahanan negara

Khalis Khadir
Khalis Khadir
15/01/2026
10:03 MYT
Azam Baki bakal bertemu Khaled, KSU MINDEF untuk perkasa tatakelola pertahanan negara
Menurut Azam, pertemuan itu bukan hanya menyentuh siasatan yang sedang dijalankan, malah turut memberi fokus kepada usaha pembaikan tatacara perolehan dalam kementerian berkenaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF), Datuk Lokman Hakim Ali pada Rabu depan.

Ringkasan AI
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki akan jumpa Menteri Pertahanan dan Ketua Setiausaha MINDEF pada Rabu depan.
  • Pertemuan akan fokus pada siasatan, pembaikan tatacara perolehan, dan nasihat SPRM.
  • SPRM akan bantu dalam menangani isu rasuah, tatakelola, dan penambahbaikan di MINDEF.

Menurut beliau, pertemuan itu bukan hanya menyentuh siasatan yang sedang dijalankan, malah turut memberi fokus kepada usaha pembaikan tatacara perolehan dalam kementerian berkenaan.
"SPRM sedia bantu berdasarkan pertama, hasil daripada siasatan kami. Kedua, berdasarkan maklumat yang telah kita kumpul dan juga siasatan sebelum ini dalam data kami untuk dibincangkan supaya kali ini dapat diperbetulkan mana-mana kelemahan di dalam MINDEF, terutama isu melibatkan perolehan dan sebagainya.
"SPRM akan kerjasama berdasarkan Seksyen 7C Akta SPRM 2009, ini peruntukan yang dinyatakan di bawah akta kami dalam memberi nasihat dan juga membuat kaji selidik berhubung sebarang kelemahan, isu tatakelola dan lain-lain," katanya dalam sidang media khas di ibu pejabat SPRM, di sini, pada Khamis.
Azam turut memaklumkan, peranan SPRM akan dibincangkan bersama pihak kementerian dan ia selari dengan saranan kerajaan yang mengambil pendekatan agresif dalam menolak amalan rasuah.
“Kami di sini memberi penumpuan tentang isu rasuah isu tatakelola dan juga isu penambahbaikan di dalam MINDEF yang menjadi tanggungjawab kami. Bukan sahaja kerana saya mahu buat kunjungan hormat tetapi menjadi tanggungjawab kami untuk membantu kerajaan dalam hal membetulkan perkara-perkara mana-mana perkara yang lemah,” jelasnya.
Pada Selasa lalu, Azam menyambut baik tindakan MINDEF untuk melaksanakan rombakan pelan antirasuah secara besar-besaran.
Menurutnya, isu ketirisan serta kelemahan tadbir urus dan perolehan dalam MINDEF merupakan perkara besar yang membabitkan pegawai tertinggi serta anggota angkatan tentera.
MINDEF dijangka melaksanakan rombakan pelan antirasuah secara menyeluruh tahun ini bagi membanteras rasuah serta segala bentuk penyalahgunaan kuasa dalam sistem pertahanan negara.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Mindef
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan