awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Azeez Rahim? Tolonglah..." - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/03/2018
09:16 MYT
"Azeez Rahim? Tolonglah..." - Guan Eng
GUAN ENG: Kami akan hadami saman itu. - Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng enggan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim susulan dakwaan fitnah yang dikemukakan beliau terhadap Abdul Azeez.
Tanpa mengulas lanjut, Guan Eng secara sinis menjawab: "Azeez Rahim? Tolonglah."
Setiausaha Agung DAP itu yang mengakui belum menerima surat tuntutan daripada Abdul Azeez berkata, beliau sedia untuk menghadapi saman daripada Abdul Azeez.
"Saya belum pulang ke Pulau Pinang. Mungkin dia hantar surat tuntutan itu ke pejabat saya. Saya kena periksa dulu.
"Itu hak dia (untuk kemukakan saman). Kami akan hadapi saman itu. Adalah perkara biasa untuk Barisan Nasional (BN) mengemukakan saman kepada kami," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Abdul Azeez memaklumkan beliau sudah menghantar surat tuntutan ke pejabat Guan Eng dan rumahnya petang semalam mendakwa Guan Eng memfitnah beliau yang menerima bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Melalui surat tuntutan berkenaan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memberi tempoh empat hari kepada Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka, menarik balik kenyataan, berjanji untuk tidak mengulangi dakwaannya dan mendedahkan sumber maklumat mengenai surat peguam yang dihantar oleh Konsortium Zenith atau berdepan tindakan saman.
BACA: Tuntut maaf terbuka, Guan Eng diberi masa 4 hari
Semalam, Guan Eng dilaporkan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Abdul Azeez yang didakwa menerima bayaran RM3 juta oleh Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd (Konsortium Zenith) untuk khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Ahad lalu, Abdul Azeez memaklumkan Konsortium Zenith menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan meminta maaf secara terbuka kerana mengaitkannya dengan projek terbabit.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Rahim
#Barisan Nasional
#bayaran perundingan
#dakwaan fitnah
#Lim Guan Eng
#Parlimen
#pulau pinang
#terowong dasar laut
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan