Perbicaraan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal, pasangan warga Malaysia yang berdepan tuduhan mendera empat anak mereka di Sweden bersambung dengan sesi keterangan daripada anak-anak mereka dijangka berakhir pada hari ini.
Anak lelaki kedua pasangan itu, Adam Azizul Raheem, 11, akan menyambung keterangannya di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm dan dijadual selesai memberi keterangan tengah malam ini (waktu Malaysia), lapor seorang wartawan yang membuat liputan perbicaraan itu.
Azizul dan Shalwati pula difahamkan akan mula memberi keterangan minggu depan dan disusuli dengan keterangan daripada saksi pakar yang dikemukakan oleh pihak pendakwa.
Menurut dokumen rasmi mahkamah yang diperolehi oleh Astro AWANI sebelum ini, Adam mengaku kepada pegawai penyiasat bahawa dia telah dipukul oleh ibu bapanya.
Dalam transkrip temubual siasatan yang dirakamkan oleh pegawai penyiasat Inspektor Jessica Palm, Adam,bercerita tentang beberapa insiden dia dipukul termasuk dengan penyangkut baju dan rotan.
Dalam satu kejadian semasa dia berumur sembilan tahun, dia mengatakan ayahnya memukulnya dengan rotan dan dia mengalami kesakitan "seperti digigit" pada lengannya.
"Rasanya seperti orang menggigit saya, seperti digigit binatang… ada kesan merah semasa saya di bilik air. Saya jirus dengan air dan ia kembali seperti biasa," kata Adam dalam dokumen berbahasa Sweden itu.
Dalam satu kejadian lain, Adam mendakwa ditampar pada bahagian belakang bahunya oleh ibunya.
Adam juga menceritakan satu insiden ketika mana ayahnya didakwa memukulnya dengan kuat pada belakang badannya kerana memanggil abangnya "bodoh" sehingga dia hilangan imbangan dan hampir terjatuh.
Shalwati, seorang guru sekolah menengah dan suaminya, Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden sejak 18 Disember tahun lalu.
Mereka ditangkap selepas anak lelaki mereka yang paling tua, Ammar memberitahu gurunya di sekolah yang dia telah dipukul. Pihak sekolah kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Ammar bersama kakaknya, Aishah, 14, Adam, 11, dan Arif, 7, sejak itu ditempatkan di bawah perlindungan.
Selepas lebih sebulan ditahan, Azizul dan Shalwati dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendera dan mencabul integriti empat anak mereka.
Menurut keterangan empat beradik itu, Shalwati dituduh memukul anak-anaknya di rumah kediaman mereka di Stockholm selama beberapa tahun termasuk dengan kayu, penyangkut baju, rotan, pemukul habuk permaidani dan tali pinggang.
Kejadian itu didakwa berlaku di rumah mereka di Spanga dekat sini antara 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013.
Sweden melarang penderaan ke atas kanak-kanak pada 1979, menjadikannya negara pertama di dunia yang berbuat demikian. Sejak itu, 34 buah negara lain mencontohi undang-undang di Sweden dengan mengharamkan sebarang bentuk hukuman fizikal ke atas kanak-kanak.
Teoh El Sen
Fri Feb 28 2014
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Sambutan Aidiladha keluarga Azizul, Shalwati lebih bermakna
Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal yang baru dibebaskan pada 2 Oktober lebih bermakna.
Kes Sweden: Azizul kurus selepas keluar penjara, kata adik ipar
Azizul dan keluarga terdekat di Sweden akan melawat isterinya, Shalwati Norshal di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm hari ini namun, hanya Azizul dibenarkan menemui isternya.
Jika dilihat kes Sweden, hukuman dera kanak-kanak di M'sia membimbangkan - SUHAKAM
SUHAKAM berharap agar kerajaan mengkaji semula peruntukan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Prosedur Jenayah.
Shalwati & Azizul: Keputusan pada 28 Mac
Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin terus ditahan sehingga keputusan dibaca pada 28 Mac nanti. Walaupun begitu, beberapa sekatan sepanjang penahan itu ditarik balik oleh Ketua Hakim.
Ammar dan Adam sedih dipukul ibubapa, kata guru
Lima guru dari Sekolah Antarabangsa Stockholm menjadi saksi dalam perbicaraan pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden kerana memukul anak mereka.
JKM hantar empat laporan ke Sweden
Empat laporan mengenai perkembangan anak-anak pasangan yang ditahan di Sweden telah dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial Sweden.
Shalwati mengaku memukul Ammar sekali di Sweden
Ammar pernah dipukul Shalwati hanya sekali di bahu ketika berada di Sweden.
Azizul dan Shalwati dijangka beri keterangan minggu depan
Mahkamah di Sweden yang membicarakan pasangan itu dijangka selesai mendengar keterangan daripada empat anak mereka hari ini.
Azizul dan Shalwati tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya - Nazri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menunggu keputusan perbicaraan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengarahkannya kembali ke Malaysia atau sebaliknya.
Kes pukul anak di Sweden: Ammar mulakan rindu ibu bapanya
Hari ketiga perbicaraan Ammar Azizul kerap bertanyakan kepada pegawai penyiasat akan bilakah ibu bapanya akan dibebaskan.