awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni kembali jalani latihan di Velodrom Nasional

Bernama
Bernama
18/09/2023
08:45 MYT
Azizulhasni kembali jalani latihan di Velodrom Nasional
Pada Sabtu lepas, The Pocket Rocketman berkongsi video memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan sebagai persiapan ke temasya Sukan Asia.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali menjalani latihan ringan di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan semalam susulan kemalangan dialaminya pada Jumaat lepas.
Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill sekali gus memberi petanda positif jaguh keirin dunia itu kekal dalam landasan memburu pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou, China bermula 23 Sept ini.
"Saya telah bercakap sendiri dengan jurulatihnya John Beasley yang sahkan Azizulhasni cedera ringan di bahagian kulit dekat kaki serta tangannya akibat kemalangan tersebut serta menerima rawatan daripada Institut Sukan Negara (ISN) sejak beberapa hari ini.
"Saya juga diberitahu beliau juga telah kembali ke velodrom dan menjalani latihan ringan jadi ia satu petanda yang baik, lagi-lagi Sukan Asia akan bermula tidak lama lagi," katanya.
Amarjit berkata demikian selepas majlis pengumuman Tourism Malaysia sebagai antara penaja utama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini hari ini.
Amarjit berkata kembalinya Mohd Azizulhasni menjalani latihan di Velodrom Nasional dalam masa sama telah mengambil kira kecederaan ringan dialaminya susulan kemalangan tersebut yang disahkan berlaku akibat kegagalan mekanikal tayar basikal.
"Memandangkan beliau telah diberi kebenaran untuk kembali ke velodrom menjalani latihan, saya percaya ia merupakan keputusan menyeluruh diambil pelbagai pihak termasuk beliau sendiri, jurulatih serta doktor yang merawatnya," katanya.
Pada Sabtu lepas, The Pocket Rocketman berkongsi video berdurasi 35 saat, memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan sebagai persiapan ke temasya Sukan Asia yang akan berlangsung 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Terdahulu, pada majlis itu Tourism Malaysia tampil dengan jumlah penajaan berjumlah RM1 juta merangkumi pelbagai program promosi selain menaja jersi Raja Bukit bagi perlumbaan tersebut yang akan bermula di Kerteh,Terengganu 23 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#kembali jalani latihan
#Velodrom Nasional
#Amarjit Singh Gill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan