KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengajak orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk menikmati lebih banyak kebebasan dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).
Melalui muat naik di akaun media sosial Instagram miliknya, pemenang pingat perak Olimpik itu berkongsikan suasana sebuah pantai di Melbourne, Victoria di Australia.
Katanya, orang ramai di pantai tersebut sedang menikmati kelonggaran SOP diberikan selepas mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dan keadaan itu dapat dilihat di sekitar pantai negara tersebut.
Tambah beliau, hanya melalui vaksin COVID-19 kelonggaran tersebut dapat dinikmati dan tiada jalan lain buat masa ini.
"Hi semua, ini Azizulhasni Awang (The Pocket Rocketman) seperti yang anda dapat lihat di belakang terdapat ramai orang berada di pantai. Ini adalah keadaan biasa di Australia dan tidak kira di mana pun, apabila matahari keluar orang ramai akan membanjiri pantai.
"Kenapa? ia mudah kerana mereka mahu menikmati matahari, berehat, berjumpa kawan dan sudah tentu untuk berseronok. Bagaimana ini dapat dilakukan?
"Jawapannya mudah, hanya melalui vaksin. Vaksin merupakan solusi untuk COVID-19 pada waktu ini tidak kira anda suka atau tidak. Jadi untuk semua kawan-kawan dan peminat di Malaysia, ambillah vaksin, tidak tahu nak cakap macam mana lagi dah, ambil vaksin ya," katanya, pada Rabu.
Selepas meraih pingat perak acara keirin lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo awal Ogos lalu, Azizul pulang ke Malaysia, menjalani kuarantin wajib dua minggu sebelum pulang menjenguk ibu bapanya di Dungun, Terengganu.
Kemudian dia pulang semula ke ibu negara dengan pelbagai aktiviti serta jemputan yang perlu dipenuhinya. Azizul meninggalkan isteri dan dua anaknya di Melbourne lebih tiga bulan apabila kembali ke negara ini pada 5 Jun lalu untuk bertanding di Olimpik Tokyo.
Selepas 16 minggu meninggalkan anak-anak dan isteri, Azizulhasni akhirnya pulang semula ke Australia.
Afiezy Azaman
Wed Oct 06 2021
Azizulhasni berkata orang ramai di pantai tersebut sedang menikmati kelonggaran SOP diberikan selepas mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. - Foto Twitter/@AzizulAWANG
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.